Golongan isteri cenderung untuk 'burn out' jika memikul urusan rumah tangga seorang diri. -Gambar hiasan AI
ADA pasangan yang mula menimbang untuk menambah ahli keluarga apabila anak pertama semakin membesar.Namun, bagi seorang wanita ini, cadangan suami untuk menambah zuriat membuatkan dirinya berasa serba tidak kena, apatah lagi apabila sebahagian besar urusan rumah tangga dipikul seorang diri. Lebih membuatkan dirinya tertekan apabila suaminya beberapa kali bergurau meluahkan hasrat untuk menambah bilangan ahli keluarga. Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita itu mengakui pada awalnya dia hanya memendam rasa, namun akhirnya 'terlepas' meluahkan apa terbuku di hati apabila suaminya sekali lagi mengusik perkara sama.Suami dan isteri seharusnya berbincang mengenai pembahagian tugas serta urusan rumah tangga agar hubungan kekal harmoni. -Gambar hiasan"Anak sulung saya baru setahun, suami dah usik-usik cakap dah boleh jadi kakak ni. "Setiap kali itu saya rasa menyampah. Tadi dia ulang cakap lagi."Tanpa sedar saya jawab, belajar dulu bantu isteri urus rumah, anak dah setahun lampin pun awak tak pernah tukar. Mandikan apa lagi... suapkan anak pun langsung tak. Tolong kemas rumah lagi la," tulisnya dalam hantaran berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan keluar kerja, rupanya melepak! Tembelang suami rider pecah selepas isteri periksa telefon - “Kau ingat aku bodoh ke?”ARTIKEL BERKAITAN: Suami pemalas, pengotor cuma akan mandi jika bersama isteri! Gosok gigi seminggu sekali, tak cuci rambutMenurut wanita itu, suaminya kemudian terasa hati dengan kata-kata tersebut.Bagaimanapun, dia sendiri mengakui tidak menyedari apa diluahkan ketika itu kerana sedang mengalami keletihan melampau menguruskan rutin harian."Lepas tu suami sentap. Kita pun tak perasan sebenarnya apa kita cakap sebab terlalu burn out. Pukul 4.30 pagi kita dah mula bekerja, pukul 11 malam baru kita dapat jumpa katil," luahnya.Seorang wanita geram apabila suami beberapa kali memberi isyarat mahu menambah anak, sedangkan anak sulung baru berusia setahun.Dia mendakwa sebahagian besar urusan anak dan rumah tangga dipikul seorang diri.Wanita itu akhirnya 'terlepas cakap' kerana terlalu penat dan mengalami burn out.Katanya, suami terasa hati selepas dia menegur mengenai tanggungjawab menguruskan anak.Perkongsian itu mengundang perhatian netizen yang bersimpati dan memahami beban yang ditanggung wanita berkenaan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian wanita tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan simpati kerana memahami situasi dialaminya. Ramai bersetuju dan menyifatkan luahan berkenaan sebagai gambaran realiti dilalui sebahagian ibu, terutama apabila tanggungjawab menguruskan anak dan rumah tangga dipikul seorang diri."Lantaklah dia sentap pun. Itu memang hakikatnya kan."Lelaki yang tak jaga anak, tak uruskan anak, tak ambil tahu tahu pasal anak, tiba-tiba nak anak lagi, dia sebenarnya nak tunjuk dekat kawan-kawan yang dia hebat," demikian antara komen netizen.