SEORANG wanita meluahkan rasa penat apabila perkongsian kehidupannya di media sosial sering disalah tafsir oleh keluarga mentua dan saudara-mara.Menurut wanita itu, dia kini terfikir untuk memadam nombor keluarga mentua, adik-beradik, sepupu serta saudara-mara lain selepas mendakwa mereka kerap meminta atau meminjam wang daripadanya. Katanya, dia gemar berkongsi gambar makanan, percutian dan momen bersama keluarga, namun hantaran itu menyebabkan ada yang menganggap dia boros menggunakan duit suami untuk berbelanja.Sikap suka meminjam dan gagal melunaskan boleh menyebabkan hubungan menjadi rengang. -Gambar hiasan AI"Apabila kongsi je, mereka ingat aku aku guna duit suami. Sedangkan duit yang aku guna untuk bergembira, jalan-jalan dan benda yang aku nak, kebanyakannya duit aku sendiri."Walaupun aku tak bekerja dengan syarikat besar, bukan bermaksud aku tak ada duit langsung. Aku ada simpanan dan buat kerja sampingan," katanya.Jelasnya, gaji suami lebih banyak digunakan untuk keperluan asas rumah seperti barang basah serta kelengkapan untuk anak-anak. ARTIKEL BERKAITAN: Masa kawan susah kedekut nak tolong… Tiba waktu akaun sendiri kena ‘blocked’ terhegeh-hegeh nak pinjam RM50!ARTIKEL BERKAITAN: “Abah menangis sebab malu” - Kisah bapa terpaksa pinjam RM400 daripada anak baru dapat gaji pertama sentuh hati ramaiNamun, situasi bertambah menjengkelkan apabila ada dalam kalangan saudara mula meminta-minta, malah sanggup menyindir kerana tidak diajak bersama ketika bercuti atau keluar makan."Sedangkan kalau betul-betul ajak pun, seorang pun belum tentu nak keluarkan duit sendiri. Hujung-hujung duit kami suami isteri juga yang kena keluarkan untuk bayarkan semua."Setiap kali tengok status aku, ada saja andaian, ada saja yang nak meminta, ada saja yang nak dibandingkan. Aku kongsi kehidupan aku bukan bermaksud buka ruang untuk orang meminta," katanya.Wanita itu berkata, keputusan memadam nombor saudara-mara bukan kerana mahu bermusuh, sebaliknya mahu menjaga ketenangan diri dan mengelakkan ruang untuk orang mengambil kesempatan."Kadang-kadang lebih baik orang tak tahu apa yang kita ada. Sebab apabila terlalu banyak orang tahu, benda yang biasa pun lama-lama boleh jadi ruang untuk orang ambil kesempatan."Jadi daripada aku serabut setiap kali kongsi status, baik aku padam nombor. Bukan nak bermusuh, cuma nak ketenangan diri," katanya.Wanita penat perkongsiannya di media sosial sering disalah tafsir saudara-mara.Dia mendakwa ada yang menganggap dia menggunakan duit suami untuk berseronok.Saudara-mara turut didakwa kerap meminta wang selepas melihat statusnya.Wanita itu memilih memadam nombor mereka demi ketenangan diri.Netizen turut berkongsi pengalaman sama apabila berdepan saudara yang mengambil kesempatan.Ringkasan ini dijana oleh AI Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui mereka juga melakukan perkara yang sama dengan memadam nombor telefon saudara-mara serta keluarga mentua."Sama la situasi kita. Apabila buka mulut kita nampak jahat. Kalau pinjam sebab nak makan tu kita boleh je tolong, ni pinjam sebab bergaya."Tiada manfaat pada kita memamg patut padam je nombor mereka semua. Aku memang dah tak simpan, semuanya toksik," komen warga maya.