NILAI persahabatan boleh terlerai mudah apabila tiada rasa saling membantu tatkala rakan sendiri berada dalam kesempitan.Begitulah luahan kekecewaan wanita ini ketika berkongsi pengalamannya berdepan sikap seorang rakan rapat yang enggan menghulurkan bantuan sewaktu dia mengalami masalah kewangan. Menurut wanita itu, dia pernah menghubungi rakannya yang dilihat mempunyai gaya hidup mewah untuk meminjam sedikit wang, namun rayuannya ditolak mentah-mentah.Kadang kala rakan benar-benar dalam kesusahan dan memerlukan individu dipercayai untuk membantunya. -Gambar hiasan AI"Saya ada seorang kawan. Duit memang banyak. Hari-hari dia akan kongsi gambar makan makanan sedap, bercuti dan membeli-belah."Ada suatu hari, saya betul-betul dalam kecemasan, saya WhatsApp dia dan tanya... boleh pinjam duit sikit? I janji bayar balik. Dia balas... sorry tak boleh," katanya kecewa.Namun yang melucukan, wanita itu mendakwa tidak lama kemudian rakannya pula yang menghubunginya untuk meminjam RM50 atas alasan akaun banknya disekat.ARTIKEL BERKAITAN: Anak nak kahwin, mak pula keliling kampung minta tajaan... Wanita panas hati ibu sering jadi ‘target’ pinjam duit jiran muka tembok!ARTIKEL BERKAITAN: Terjebak dengan 43 ah long selepas pinjam RM1,000...Lelaki tertekan anak, isteri terima ancaman culik dan rogolMengimbau semula kejadian lalu, wanita berkenaan mengakui terkilan dan merasakan bahawa jika rakannya sudi membantu ketika dia memerlukan, sudah tentu perkara sama akan dilakukan bagi membalas budi."Seminggu lepas tu dia pula WhatsApp saya. Dia tanya... boleh pinjam RM50 tak? Bank I kena blocked. Dalam hati saya cuma kata... hari tu kalau kau tolong, hari ni RM50 tu tak payah minta pun saya dah bagi," katanya. Wanita kecewa rakan enggan meminjamkan wang ketika dia susah.Seminggu kemudian, rakan sama pula meminjam RM50.Dia mengakui pasti membantu jika pernah dibantu.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen.Ramai berpendapat hutang boleh merosakkan persahabatan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpendapat urusan hutang dan wang sering menjadi antara punca hubungan persahabatan menjadi renggang."Dia mungkin cuba nak uji kau, sama ada kau kedekut atau tak. Sebab tu dia minta pinjam duit pula."Rasanya dia mungkin fobia dalam bab pinjam meminjam duit ni," komen warga maya.