SETIAP ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak terutamanya jika mereka melakukan kesalahan.Bagaimanapun bukan semua suami isteri bersetuju dengan kaedah digunakan dalam memberi pengajaran kepada anak-anak kerana bimbang ia akan meninggalkan parut pada emosi mereka. Seperti wanita ini, dia kecewa dengan tindakan suami gara-gara menghukum anak mereka yang baru berusia lapan tahun di dalam bilik air.Katanya, hukuman itu dibuat selepas anak mereka menipu mengenai kerja sekolah selain kerap bermain telefon pintar.Ibu bapa wajar memberi hukuman bagi tujuan mendidik anak jika mereka berbohong. -Gambar hiasan AI"Dia kurung anak kami dalam bilik air. Aku ingat dia sekadar marah atau rampas telefon, sekali dia tarik anak masuk bilik air."Hampir setengah jam anak aku ketuk pintu sambil menangis sebab bilik air gelap. Dia ketakutan," kongsinya.Menurutnya lagi, dia merayu suaminya membuka pintu namun lelaki itu enggan dengan memberi alasan mahu mengajar anak mereka agar tidak lagi menipu.Wanita itu berkata, sebagai ibu dia tidak sanggup mendengar rintihan anaknya sebelum bertindak membuka pintu dan menariknya keluar.ARTIKEL BERKAITAN: Anak dituduh pembuli sampai rakan sekelas trauma ke sekolah, ibu tak percaya terus cari bukti... Lega guru jadi penyelamatARTIKEL BERKAITAN: Ibu berhenti doa kesejahteraan cikgu, masih ‘dendam’ anak kena marah bawa kek ke sekolah - “Kenapa izin kalau menyusahkan?”"Muka dia merah sebab menangis. Badan menggigil dan terus peluk aku kuat-kuat. Laki aku terus marah sebab katanya aku rosakkan cara dia didik anak."Kami gaduh besar, dia kata aku terlalu manjakan anak dan sebab mak-mak macam aku la budak sekarang tak takut dekat mak ayah," ujarnya.Kesan daripada kejadian itu, wanita itu mendakwa anaknya takut untuk masuk ke bilik air seorang diri dan menegur suaminya agar tidak mengulangi hukuman sama."Dia kata aku over sebab zaman dia kanak-kanak dulu pernah kena rotan, dikurung dalam stor tapi tetap jadi manusia apabila dewasa.Ayah kurung anak 8 tahun dalam bilik air kerana tipu kerja sekolah.Anak menangis dan menggigil sebelum dikeluarkan ibunya.Tindakan itu mencetuskan pergaduhan pasangan berkenaan.Ibu enggan anak dididik menggunakan ketakutan.Netizen berbeza pandangan mengenai cara pasangan itu mendidik anak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku terus cakap kalau abang masih ingat benda itu, maksudnya benda itu sakit. Jangan wariskan perkara sama kepada anak. Terus dia diam," katanya.Wanita itu menjelaskan dia tidak mahu anak mereka membesar dengan hanya takut kepada hukuman sebaliknya memahami sebab sesuatu perbuatan itu salah.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang tidak melihat cara didikan dan hukuman diberikan satu kesalahan kerana apa dilakukan suami wanita tersebut adalah demi kebaikan anak mereka."Jangan sampai ke besar membawa perangai menipu sebab dia tahu kalau kena marah akan ada orang pertahan perbuatannya," antara komen netizen.