HATI ibu mana yang tak sedih apabila anak sendiri didakwa sebagai pembuli di sekolah, lebih-lebih lagi tuduhan itu dibuat di hadapan orang ramai. Seorang wanita memberitahu dia langsung tidak mempercayai anaknya seorang pembuli memandangkan jarang hadir ke sekolah agama kerana sedang mengalami masalah kesihatan yang agak serius. Ceritanya, dia terkejut apabila salah seorang ibu pelajar tiba-tiba memarahi mendakwa anaknya memukul anaknya sampai kanak-kanak itu takut datang ke sekolah."Minggu lepas ada hari bicara bersama ibu bapa... Masa tunggu giliran ada sembang dengan seorang emak ini, lepas itu anak dia datang cakap mama, XXX itulah setiap hari marah kakak dan pukul kakak. Ada segelintir anak-anak mempunyai perangai yang jauh berbeza bila berjauhan dengan ibu bapa. -Gambar hiasan AI"Terus emak budak itu cakap anak saya kata anak awak setiap hari marah dan pukul dia sampai dia takut nak ke sekolah... Anak awak rupanya punca anak saya menangis tak nak pergi sekolah!" katanya.Enggan terus melatah, wanita itu meminta penjelasan daripada kanak-kanak berkenaan bagi mendapatkan kronologi kejadian termasuk bila serta lokasi kejadian itu berlaku.Namun menurutnya, kanak-kanak tersebut hanya berdiam diri malah tidak dapat menunjukkan lokasi atau menjelaskan secara terperinci dakwaan dibuat terhadap anaknya."Saya terus panggil tanya anak saya, dia jawab kakak tak pukul tapi kakak memang ada marah dia sebab dia kepit lengan kakak dekat meja, lepas tu dia pukul tangan kakak sebab tak bagi dia betulkan meja.ARTIKEL BERKAITAN: 30 tahun berlalu, mangsa buli tuntut ‘hutang’ kemaafan daripada senior sekolah! Darah mendidih setiap kali terserempakARTIKEL BERKAITAN: Panas hati tengok budak 5 tahun tunjuk samseng, aksi pijak kamera paling melampau! Netizen herdik ibu bapa tak reti jaga anak"Lepas tu saya tanya budak tu betul ke? Dia pukul dekat mana?"Budak tu tak tunjuk dan ibu dia pula cakap anak dia memang pendiam dam tak tahu nak cerita," katanya.Wanita itu kemudian menerangkan anaknya jarang ke sekolah kerana masalah kesihatan sebelum bertanya sendiri kepada guru kelas anaknya."Anak saya memang garang, tetapi kalau sampai memukul, saya rasa lebih baik bertanya kepada guru kelas.Anak seorang ibu dituduh memukul rakan setiap hari hingga takut ke sekolah.Ibu berkenaan terkejut apabila kanak-kanak itu tidak dapat menunjukkan lokasi dipukul.Anak wanita itu mengaku pernah memarahi rakannya, tetapi menafikan memukul.Guru kelas turut memaklumkan anaknya jarang bergerak dari tempat duduk.Kanak-kanak itu akhirnya meminta maaf selepas dakwaan berkenaan dipersoalkan.Ringkasan ini dijana oleh AI“Saya cakap kepada emak budak tu kalau betul anak saya salah, saya akan ambil tindakan. Tetapi kalau anak puan yang mereka cerita, apa tindakan puan?” katanya.Wanita itu turut mendapatkan penjelasan daripada guru kelas yang memaklumkan anaknya jarang bergerak dari tempat duduk kecuali mempunyai urusan tertentu.Katanya, kedudukan anaknya di bahagian tengah laluan kelas, manakala kanak-kanak terbabit pula duduk di bahagian hujung tingkap."Budak itu ada datang minta maaf dekat anak saya, tapi saya pun minta maaf juga sebab dah tak izinkan anak saya berkawan dengan orang macam dia," katanya.