suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duduk sebelah pun boleh WhatsApp jantan, luluh hati isteri dapat tahu suami gay dijangkiti HIV... Tetap setia walaupun sudah 3 tahun tak ’bersama’

Segelintir lelaki bernafsu songsang sanggup berkahwin untuk menutup sisi gelap mereka. -Gambar hiasan AI

SETIAP individu mengimpikan rumah tangga yang bahagia, namun kesilapan memilih pasangan boleh menyebabkan kehidupan bertukar menjadi satu penyesalan.

Menurut seorang wanita, dia juga hidup dalam keadaan menderita kerana kesilapannya berkahwin dengan lelaki yang memiliki nafsu songsang.

"Kami dah lapan tahun kahwin. Dah banyak kali bagi peluang, tapi dia tetap tak berubah. Rasanya sampai bila-bila dia tak boleh berubah.

HIV test.

Aktiviti seks bebas tanpa perlindungan boleh menjadi punca jangkitan HIV. -Gambar hiasan

"Memang sifatnya tertarik kepada lelaki saja. Kami kahwin dulu pun kenal melalui orang lain. Tak bercinta pun," ujarnya.

Menurut wanita itu, dia juga sudah lama tidak menerima nafkah batin selepas suaminya didiagnos penyakit HIV kira-kira dua tahun lalu.

"Dah lebih tiga tahun kami tak bersama. Dia dapat HIV dalam dua tahun lepas. Saya sempat mengandung sebelum dia dapat HIV.

  • Wanita raih perhatian selepas kongsi cerita tentang suaminya yang bernafsu songsang.
  • Dia sudah lama tidak menerima nafkah batin selepas suaminya dijangkiti penyakit HIV.
  • Wanita itu berkata suaminya masih tidak berubah, malah tetap berhubung dengan rakan sejenis.
  • Netizen beri kata-kata semangat buat wanita itu dan puji kesabarannya menjalani kehidupan.

 

"Saya bertahan pun sebab anak saja. Di belakang, saya tahu apa yang dia buat. Kadang-kadang masa duduk sebelah saya pun dia sempat WhatsApp dengan jantan," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, pelayar Threads meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu yang terpaksa menjalani kehidupan tidak bahagia.

Malah, ada yang memberi saranan agar wanita itu menuntut cerai agar dia dapat keluar daripada situasi yang menyeksa diri serta emosinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor terkejut remaja kena HIV umur 15 tahun tak insaf, makin ligat seks songsang - “Datang dengan cecair putih di penis”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum ini cuma ringan-ringan” - Doktor dedah kisah malang pemuda 23 tahun positif HIV lepas ‘celup’ gadis aplikasi janji temu

"Kenapa masih duduk sekali? Islam tak kejam. Kita boleh minta fasakh kalau suami langgar hukum Allah.

"Tabahnya puan. Sabar puan bertahan. Semoga Allah melindungi puan daripada penyakit itu.

"Dah dapat HIV pun masih tak berubah. Sedih dengan orang macam ni," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain