KISAH yang dikongsikan oleh seorang doktor mengenai pesakit HIV termuda yang dirawatnya meraih perhatian ramai.Dalam hantaran di Thread, doktor itu berkata pesakit itu pertama kali datang mendapatkan rawatan di hospital kira-kira tiga tahun lalu ketika dia berumur 15 tahun. "Hari ini, pesakit termuda HIV yang kami diagnos masa dia umur 15 tahun datang semula dengan cecair putih di penis. Tahun ni dia dah 18 tahun.Pengamal hubungan songsang berisiko dijangkiti HIV. -Gambar hiasan AI"Missed treatment (terlepas rawatan) hospital sejak empat bulan lepas. Masih mengamalkan hubungan songsang secara aktif. Ketagih. Bezanya dulu dia bottom, sekarang dia top. Dah upgarde," tulisnya.Dalam hubungan songsang, istilah top merujuk kepada individu yang mengambil posisi dominan, manakala bottom pula individu yang mengambil peranan pasif atau menerima.Dalam hantaran sama, dia mendedahkan remaja itu mula terjebak hubungan songsang selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi Instagram.Doktor dedah kisah remaja lelaki didiagnos HIV pada usia 15 tahun.Remaja itu kini berusia 18 tahun dan masih aktif amal hubungan songsang.Remaja itu terjebak hubungan songsang selepas berkenalan dengan seorang lelaki di Instagram.Netizen luah rasa sedih remaja semuda itu sudah menghidap HIV.Ringkasan ini dijana oleh AI"Seingat saya masa pertama kali urus kes ini, dia budak 15 tahun yang naif. Ada orang tak dikenali umur 26 tahun mesej dia di Instagram, ajak jumpa. Saya tak tahu kenapa dia setuju. "Kemudian ia (seks) berlaku. Dia mendakwa itu pertama kali dan 'boom', positif HIV. Saya rasa dia kena kena groomed," tulis doktor itu lagi.Di ruangan komen, segelintir pelayar Thread meluahkan rasa simpati kerana remaja itu masih muda dan tidak mendapat perhatian sewajarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Doktor dedah pengalaman klinikal rawat pesakit STD... Wanita bersuamikan anggota keselamatan, pemandu lori paling ramai jadi mangsa!ARTIKEL BERKAITAN: Staf kesihatan terbeban, makin ramai isteri ‘tak bersalah’ dijangkiti HIV gara-gara bersuamikan lelaki biseksual"Kesiannya. Dia hanya kanak-kanak ketika didiagnos. Orang sekeliling gagal. Saya harap dia dirujuk kepada psikiatri dan dapat rawatan sewajarnya."Kesiannya. Dia baru umur 15 masa diagnos. Jahat betul yang 'groom' budak-budak ni."Allahuakhbar. Takutnya nak membesarkan anak-anak. Umur 15 dah ada HIV. Sedih rasanya," tulis beberapa netizen.