Menjadi tanggungjawab anak yang sudah bekerja untuk menghulurkan wang kepada ibu bapa sebagai tanda membalas jasa. -Gambar hiasan AI
SETIAP kali sesi persekolahan dibuka, ramai ibu bapa berdepan tekanan kewangan kerana terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk keperluan anak-anak.Keadaan ini mendorong sesetengah pasangan suami isteri menyesuaikan perbelanjaan bulanan mereka mengikut keutamaan. Di laman Threads, seorang wanita turut berkongsi situasi yang sama apabila dia dan suami sepakat untuk mengurangkan pemberian wang bulanan kepada ibu masing-masing kerana mahu mendahulukan keperluan persekolahan anak yang baru melangkah ke bangku sekolah rendah.Perbelanjaan untuk menyediakan keperluan bagi anak yang bersekolah kadangkala mencecah jumlah yang tinggi. -Gambar hiasan AI"Suami aku kerja dan dia bagi mak dia duit, aku kerja pun bagi mak aku duit."Anak kami baru naik darjah 1, memang guna banyak duit. Kemudian kami sama-sama buat keputusan nak potong RM100 dulu duit mak-mak kami. Contoh, biasa aku bagi mak RM500, aku bagi RM400. "Kami maklumkan kepada mak masing-masing. Kami cakap yang RM100 short tu kami akan top-up bulan depan. Maksudnya bulan depan mereka akan dapat RM600," tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas mentua asyik nak 'melekat' dengan suami! Tak cukup jumpa tiap hari, 'call' pula berkali-kali sembang kosongARTIKEL BERKAITAN: Bercuti dengan mentua, suami tempah 1 bilik je! Bagi alasan keluarga dah biasa... Tak fikir privasi, isteri tak selesaKeputusan tersebut disambut dengan hati yang terbuka oleh ibunya, namun respons berbeza pula diberi oleh ibu mentua sehingga membuatkannya geram dan jengkel. "Mak aku punya respons, siap pulang lagi RM100 pada aku, cakap takpe kau lagi nak guna banyak duit. Kiranya mak hanya ambil RM300 je."Mak mentua aku merungut. Dia cakap... aik laki bini kerja pun tak cukup ke, tak menabung ke. Seorang wanita dan suaminya mengurangkan RM100 duit bulanan ibu masing-masing kerana anak nak masuk sekolah.Ibunya tidak kisah sebaliknya ibu mentua merungut dan sindir di WhatsApp.Wanita itu geram takut disalah anggap campur urusan kewangan suami oleh mentua dan ipar.Netizen sokong utamakan keperluan anak dan urus kewangan bijak.Mereka mengecam ibu mentuanya kerana tidak bersyukur dan berkira.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku punya baran tapi aku diam je sebab malas bergaduh. Suami aku pula memang diam sebab dia pun jenis jaga hati mak," tulisnya.Sudahlah seakan-akan tidak memahami situasi, namun apa yang membuatkan dia bertambah geram adalah apabila ibu mentua melontarkan sindiran di dalam grup WhatsApp keluarga.Sebahagian komen netizen."Aku geram sebab mak dia sound dalam group, katanya... orang lain pun anak sekolah juga tapi tak tahulah kenapa tak cukup."Aku takut mereka fikir aku ni masuk campur financial suami sampai suami terpaksa short bagi mak dia RM100. Sumpah aku bengang gila," tulisnya.Di ruangan komen, ramai yang menyokong tindakannya mengutamakan keperluan anak dan mengurus kewangan keluarga dengan bijak.Dalam pada itu, ada juga yang menyifatkan ibu mentua wanita berkenaan sebagai tidak bersyukur dan 'berkira' dengan darah daging sendiri.