KATA-KATA atau tuduhan tidak berasas bukan sahaja boleh menggures perasaan orang lain, malah ada kalanya memakan diri sendiri.Begitulah yang dapat digambarkan menerusi satu kisah dikongsikan seorang individu selepas menyaksikan sendiri kesan buruk tuduhan dan ejekan yang dilemparkan tanpa usul periksa dalam kalangan ahli keluarga. Menerusi satu perkongsian di Threads, individu berkenaan berkata dia menyaksikan sendiri bapa saudaranya menangis teresak-esak selepas anaknya ditahan pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dengan aktiviti songsang.Kata-kata kesat yang dilemparkan sejak kecil boleh memberi kesan mendalam kepada remaja mahupun kanak-kanak. -Gambar hiasan AI"Aku jadi saksi kepada ungkapan bahawa kata-kata boleh memakan diri sendiri. Pakcik aku menangis sebab anak dia kena tangkap atas dakwaan terlibat dengan aktiviti songsang."Allahuakbar, sedih teresak-esak pakcik menangis cerita benda ni. Aku terus pandang sepupu aku, Alan (bukan nama sebenar). Alan adalah orang yang pakcik pernah hina dulu."Pakcik pernah cakap... Alan tu mesti gay, lembut semacam. Masa tu dia cakap sambil gelak terbahak-bahak," kongsi individu berkenaan dalam hantaran tersebut.Menurut pengadu lagi, Alan sering menjadi bahan gurauan keluarga susulan tuduhan tersebut meskipun tiada sebarang bukti atau perlakuan yang menyokong dakwaan berkenaan.Tambahnya, situasi itu membuatkan dia berasa kasihan terhadap Alan yang terpaksa menanggung malu lantaran ejekan dan tohmahan tidak berasas sejak usia remaja.ARTIKEL BERKAITAN: Suami 'pergi' seminggu sebelum bersalin... Famili anggap beban, mengata ikut sedap mulut - “Titik terendah dalam hidup”ARTIKEL BERKAITAN: Tiga guru wanita rancak mengumpat anak murid, siap gelak sambil makan di kedai… Paling sedih sampai hina punca rezeki bapa pelajar!"Sepanjang aku kenal Alan sejak kecil, tak pernah lagi aku nampak Alan ada apa-apa kaitan dengan hubungan songsang. Alan ramai kawan perempuan, mungkin sebab dia lembut."Tapi dia bukan begitu (terlibat perbuatan songsang). Redup je Alan pandang pakcik, entah apa ada dalam hati dia. Tapi tak adalah sampai aku nak bersorak sebab anak pakcik ditangkap."Aku lebih kepada simpati pada Alan. Pakcik berhutang maaf pada dia sebab Alan jadi bahan ketawa pakcik sejak kami usia 15 tahun. Dia masih hormat pakcik. Harap kita dapat pengajaran daripada posting ini," ujarnya.Seorang bapa saudara menangis selepas anaknya ditahan atas dakwaan terlibat aktiviti songsang.Lelaki itu sebelum ini pernah melabel sepupunya, Alan, sebagai individu songsang tanpa bukti.Alan menjadi bahan ejekan keluarga sejak usia remaja.Pengadu berasa simpati terhadap Alan yang menanggung tohmahan bertahun-tahun.Perkongsian itu mencetuskan perbincangan netizen tentang kesan kata-kata.Ringkasan ini dijana oleh AISusulan perkongsian itu, warga maya turut memberikan pendapat masing-masing."Sebab tu saya elak untuk mengata orang, takut kita yang dekat kedudukan mereka satu hari nanti. Dunia ni berputar. Sekejap dekat atas, sekejap dekat bawah."Jangan tuduh dan mengata orang. Nanti mana tahu kita pun ada anak lelaki kacak pula, dugaan dia kita tak tahu."Benda ni tak ada orang yang nak, tapi ni mungkin jalan dia untuk lebih dekat dengan Sang Pencipta," komen beberapa netizen.