suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki memandu 932 km untuk lamar kekasih... Gantung sepanduk di kereta supaya pemandu lain beri laluan

Tan memandu hampir 13 jam untuk melamar kekasihnya.

SEORANG lelaki tular selepas dia mengharungi lebuh raya yang sesak ketika cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini demi untuk untuk melamar kekasihnya.

Lelaki dari China itu meraih perhatian ramai gara-gara tindakannya meletakkan sepanduk di tingkap belakang keretanya, meminta pemandu lain memberi laluan.

Sepanduk itu bertulis: “Saudara saudari, biar saya pergi dahulu. Saya menuju ke Guizhou untuk melamar cinta dalam hidup saya.”

Lelaki dikenali sebagai Tan, 26, dari wilayah Jiangxi itu memandu seorang diri sejauh 932 km untuk ke kampung kekasihnya.

Tan akhirnya sampai ke destinasi selepas mengharungi hampir 13 jam perjalanan.

Bercakap kepada pemberita, Tan berkata sepanduk itu bertujuan membantunya mengharungi kesesakan trafik ketika musim perayaan.

Malah, dia juga mahu berkongsi kegembiraan kisah cintanya dengan pengguna jalan raya yang lain.

Kisah ahli perniagaan itu berakhir dengan kegembiraan apabila lamaran tersebut diterima oleh teman wanitanya. -Agensi

Artikel Lain