suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bahaya jika pesakit kanser abaikan tanda depresi, kajian dedah risiko kematian lebih tinggi

Sokongan orang sekeliling penting untuk pesakit yang sedang berjuang melawan kanser. -Gambar hiasan AI

BUKAN mudah seseorang menerima hakikat apabila disahkan menghidap kanser kerana kesannya boleh menyebabkan pesakit mengalami kemurungan.

Bagaimanapun, kesihatan mental pesakit tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia perlu dikenal pasti dan ditangani sejak awal, menurut dapatan kajian terhadap kira-kira 265,000 penghidap kanser di Amerika Syarikat (AS).

Menurut ketua penulis kajian yang juga pakar onkologi radiasi di University of California San Diego, Dr Edmund Qiao, psikoterapi sejurus diagnosis kanser boleh dikaitkan dengan kadar kematian lebih rendah.

Dapatan kajian itu menunjukkan hanya tiga peratus pesakit kanser di AS menerima rawatan kemurungan tepat pada masanya. 

Tanda-tanda kemurungan tidak sepatutnya diabaikan. -Gambar hiasan

Hasil kajian tersebut dibentangkan pada 28 September 2026 sempena persidangan American Society for Radiation Oncology (Astro) di Boston.

Penyelidik turut mendapati pesakit yang mengalami gangguan kemurungan major mempunyai risiko lebih tinggi untuk meninggal dunia akibat kanser. 

Sebaliknya, pesakit yang menerima psikoterapi dalam tempoh empat minggu selepas diagnosis kanser mempunyai risiko kematian khusus akibat kanser 21 peratus lebih rendah.

ARTIKEL BERKAITAN: Usah malu-malu buat saringan kanser payudara, jangan tunggu sampai ketulan ketumbuhan besar dan pecah

Kajian melibatkan pesakit kanser payudara, kolorektal, prostat, pundi kencing, buah pinggang dan paru-paru mendapati mereka yang mengalami kemurungan mempunyai risiko kematian khusus akibat kanser 11 peratus lebih tinggi berbanding pesakit tanpa kemurungan selepas diagnosis.

Selepas setahun, sebanyak 29 peratus pesakit yang mengalami kemurungan meninggal dunia akibat kanser, berbanding 21 peratus pesakit tanpa kemurungan.

Selepas lima tahun, angka itu meningkat kepada 43 peratus berbanding 35 peratus.

“Dapatan ini menyokong usaha mengenal pasti pesakit yang mungkin memerlukan penjagaan kesihatan mental dan menghubungkan mereka dengan perkhidmatan bersesuaian seawal mungkin,” kata Dr Qiao. - Agensi.

Artikel Lain