Tidak cukup dengan derita perceraian, seorang wanita turut ditimpa malang berganda apabila perkakas dapur miliknya yang digunakan untuk mencari rezeki dilempar keluar dari rumah. -Gambar hiasan AI
HATI wanita mana yang tidak hancur apabila melihat segala kelengkapan dan perkakas dapur digunakan untuk mencari rezeki dilempar keluar rumah oleh bekas suaminya sendiri selepas mereka baru bercerai.Itu merupakan nasib terpaksa dihadapi seorang wanita yang menyedari perkara itu selepas pulang ke rumah kelamin mereka untuk mengambil kereta miliknya untuk menghadiri prosiding perceraian di mahkamah. "Saya balik rumah ambil kereta saya sebab esok nak pergi mahkamah tiada kenderaan. Saya balik masa suami saya tak ada. "Sedih tengok dia lempar semua oven saya dekat luar mixer ini la punca rezeki saya," katanya yang memaklumkan dirinya dan bekas suami baru sahaja berpisah.Foto dikongsikan wanita itu yang memaparkan keadaan perkakas dapur miliknya yang dipercayai dilempar dan dibiarkan berselerakan di bahagian luar rumah bekas suaminya. -ThreadsUjarnya, apa yang lebih menyedihkan, kebanyakan peralatan di rumah tersebut adalah barangan yang dibelinya sendiri."Ya Allah berilah saya segunung kekuatan untuk melangkah esok pagi macam saya fikir bila dah cerai."Nak kena uruskan kemas barang dan pindah barang saya banyak sebab majoriti barang dalam rumah saya yang beli," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu khianat ibu bapa lepas diberi tanah! Diam-diam tukar kepada nama bini, cerai 3 bulan kemudian - “Mak ayah saya tak reda”ARTIKEL BERKAITAN: Suami dan penyondol kantoi bercuti di pulau sama dengan isteri, siap bawa familli kekasih! Wanita terus fail cerai walau sedang hamilDalam hantaran sama, dia turut berkongsikan gambar keadaan peralatan dan perkakas dapurnya yang sudah dilempar dan dibiarkan berselerakan di bahagian luar rumah.Di ruangan komen, rata-rata daripada warganet melahirkan simpati terhadap nasib yang dihadapi wanita tersebut.Bagaimanapun, seorang pempengaruh yang juga pengamal perundangan, Tatty Hassan menyatakan bahawa tindakan dilakukan bekas suami wanita itu sebenarnya merupakan satu kesalahan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).Disebabkan itu, Tatty berkata, wanita terbabit boleh membuat laporan polis atau di bawah Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).Bekas suami rosakkan peralatan dapur punca rezeki mangsa.Kejadian disedari ketika mangsa pulang untuk mengambil kereta miliknya.Barang dirosakkan dibeli menggunakan wang mangsa sendiri.Kisah ini turut tular dan meraih simpati warganet.Seorang peguam menyatakan perbuatan khianat itu boleh didakwa di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sebagai konteks, akta ini terpakai untuk suami dan isteri. Kalau isteri dengan khianat rosakkan barang suami pun sama," jelasnya.Akta 521 menetapkan keganasan rumah tangga merangkumi perbuatan secara sengaja yang mendatangkan ketakutan atau kecederaan fizikal kepada mangsa. Selain itu, sebarang bentuk paksaan seksual, pengurungan tanpa rela, serta perbuatan khianat dan merosakkan harta benda dengan niat mendatangkan kesedihan turut dikategorikan di bawah akta ini. Undang-undang ini terpakai bagi melindungi ahli keluarga termasuk pasangan, bekas pasangan, kanak-kanak, dan orang dewasa tidak berkeupayaan.