suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Mak cuma ada seorang” - Bos suruh pekerja cuti jaga ibu sakit, netizen luah pengalaman dapat ketua tak berhati perut

Majikan dan ketua yang prihatin akan sentiasa dihormati pekerjanya. -Gambar hiasan AI

DALAM kesibukan mengejar tarikh akhir kerja, sikap majikan yang prihatin dan memahami keadaan keluarga pekerja mampu memberi kelegaan, terutama apabila berhadapan hal kecemasan.

Itulah yang dikongsikan seorang pengguna Threads apabila ketuanya memberikan respons menyentuh hati kepada rakan sekerja yang ibunya sedang sakit.

Berkongsi cerita, ujar wanita ini, ketuanya dipercayai bertanya keadaan ibu pekerja berkenaan dalam kumpulan mesej sebelum lelaki tersebut menyatakan dia masih boleh bekerja.

"Saya masih boleh bekerja, tetapi mungkin perlu tinggal lebih lama di sini," demikian jawapan rakan setugasnya menerusi tangkap layar perbualan kumpulan WhatsApp yang dikongsikan.

Setiap pekerja tertakluk kepada peraturan syarikat. -Gambar hiasan

Setiap pekerja tertakluk kepada peraturan syarikat. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, ketuanya yang dikenali sebagai Joshua meminta dia mengambil cuti sekiranya perlu supaya dapat mengutamakan ibu yang sedang sakit.

"Ambillah cuti kalau perlu. Kerja boleh buat kemudian, mak cuma ada seorang," balas ketuanya.

Meskipun ringkas, pesanan tersebut menyentuh hati individu yang berkongsi kisah berkenaan.

Susulan itu dia menitipkan doa supaya semua orang mempunyai ketua yang memahami.

  • Seorang wanita berkongsi di Threads mengenai sikap prihatin ketuanya, Joshua, terhadap rakan sekerja yang ibunya sedang sakit.
  • Walaupun pekerja itu menyatakan masih boleh bekerja, Joshua memintanya mengambil cuti jika perlu untuk mengutamakan ibunya.
  • Pesanan “Kerja boleh buat kemudian, mak cuma ada seorang” menyentuh hati wanita tersebut yang berharap semua pekerja mempunyai ketua memahami.
  • Perkongsian itu mengundang reaksi netizen, termasuk seorang yang pernah dipersoalkan majikan mengenai keperluan mengambil cuti untuk melawat bapanya di hospital.
  • Ada juga berkongsi pengalaman diminta menandatangani dokumen ketika mengalami pendarahan semasa hamil, manakala seorang lagi diarahkan bekerja 13 hari berturut-turut meskipun memaklumkan ada kenduri arwah.

"Semoga kita semua mempunyai ketua yang faham kita manusia yang ada keluarga, bukan sekadar pekerja dengan tarikh akhir tugasan," tulisnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi, termasuk daripada beberapa individu yang menceritakan pengalaman berdepan majikan atau pihak atasan yang kurang prihatin.

Seorang pengguna mengimbas kata-kata seorang bos yang mempersoalkan keperluan mengambil cuti untuk melawat bapa di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sakit, wanita terkejut sikap prihatin bos! Minta nak EL, lain pula diberi

ARTIKEL BERKAITAN: Bos dengki bisnes kek semakin maju, wanita pilih angkat kaki... Rezeki melimpah-ruah lepas tukar majikan, sudah 4 kali melancong ke luar negara!

"Awak cuti, awak pergi hospital, bapa awak boleh sihat ke?" tulisnya.

Seorang lagi berkongsi pengalaman masih diminta menandatangani dokumen ketika dimasukkan ke hospital akibat pendarahan semasa hamil.

"Aku ni dalam hospital sebab pendarahan semasa hamil, tapi orang suruh aku tanda tangan dokumen.

"Situasi aku pula, 13 hari bekerja secara berturut-turut sampai 24 Oktober ini walaupun dah maklumkan yang rumah ada buat kenduri arwah, ketua aku cakap tiada pengecualian," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain