suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bos dengki bisnes kek semakin maju, wanita pilih angkat kaki... Rezeki melimpah-ruah lepas tukar majikan, sudah 4 kali melancong ke luar negara!

Kebanyakan pekerja melakukan pekerjaan sampingan bagi menampung kos sara hidup. -Gambar hiasan AI

MELAKUKAN pekerjaan sambilan selepas waktu pejabat semakin menjadi lumrah dalam masyarakat sebagai usaha menambah pendapatan keluarga.

Bagaimanapun, seorang wanita ini tidak menyangka usaha membuat kek sebagai pendapatan sampingan mengundang rasa kurang senang majikan.

Apa lebih menyedihkan, dia diberikan kata dua iaitu sama ada memilih pekerjaan tetap atau perniagaan.

"Saya berhenti kerja lepas dipanggil masuk bilik bos kerana buat kek sebagai pendapatan sampingan.

Segelintir majikan gemar memberi sokongan pada perniagaan pekerja yang dilakukan selepas waktu pejabat. -Gambar hiasan AI

Segelintir majikan gemar memberi sokongan pada perniagaan pekerja yang dilakukan selepas waktu pejabat. -Gambar hiasan AI

"Saya buat kek lepas waktu pejabat, tak ambil cuti sakit. Rasanya saya dah buat yang terbaik untuk syarikat.

"Tapi bos suruh pilih kerja yang dia bagi gaji atau kek yang aku buat sampingan dan belum tentu ada hasil," ceritanya di Threads.

Enggan tunduk dengan kata dua daripada majikan, wanita itu nekad meletakkan jawatan dan berserah bulat-bulat mengenai masa depannya di tangan Allah SWT.

Bagaimanapun beberapa hari selepas bergelar penggangur, dia menerima panggilan temuduga yang mengubah kehidupannya selepas itu.

  • Pekerjaan sambilan selepas waktu pejabat menjadi pilihan ramai untuk memperoleh pendapatan tambahan bagi menampung keperluan hidup.
  • Seorang wanita diberikan kata dua oleh majikan supaya memilih antara pekerjaan tetap atau perniagaan kek yang dijalankannya selepas waktu pejabat.
  • Wanita itu memilih untuk meletakkan jawatan meskipun sedang giat mengumpulkan wang bagi persiapan perkahwinan.
  • Beberapa hari kemudian, dia menerima tawaran daripada syarikat lain yang menawarkan gaji stabil, bonus lumayan serta menyokong perniagaan keknya.
  • Netizen menyifatkan tindakannya berhenti kerja sebagai keputusan tepat dan mendakwa majikan terdahulu cuba mengawal kehidupan peribadi pekerja.

"Alhamdulillah syarikat yang aku kerja sekarang jauh lebih baik dari sebelumnya.

"Bos siap sokong lagi aku buat kek dan setiap bulan dia akan buat tempahan, cuti pun senang terutama melibatkan anak," ujarnya berkongsi situasi semasa.

Lebih menggembirakan apabila dia turut mendapat gaji yang stabil selain kenaikan tahunan dan bonus lumayan.

Bukan itu sahaja, pekerjaan baharunya juga memberikan peluang kepadanya melakukan perjalanan kerja ke dua buah negara dalam tempoh setahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kerja sambilan angkat barang dianiaya tuan rumah, dibuat seperti hamba - “Sikit je, tak payah upahlah ya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Masa sembang okey, waktu rehat kena tinggal!” – Pekerja baharu sedih rakan ofis keluar tak ajak, buntu cari kedai makan

"Kalau nak pergi sendiri belum tentu lagi. Nikmat mana lagi yang mahu aku dustakan? Saya sangat bersyukur," katanya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya menyatakan dia membuat keputusan tepat dalam kerjaya dan kehidupan.

"Mungkin dia dah sasarkan lama dan sengaja nak cari punca, mesti dia rasa tak selamat.

"Mesti syarikat kecil sebab bos tempat sendu ni yang selalu over nak kawal hidup pekerja macamlah pekerja hak mutlak mereka," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain