suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda berkorban masa teman ibu saudara keseorangan, ayat ahli keluarga pula menyakitkan hati - “Tak malu ke makan rumah orang?”

Wanita baik pastinya menjaga kebajikan anak-anak saudaranya. - Gambar hiasan AI

NIAT baik membantu ibu saudara berubah menjadi detik hitam dalam diri seorang pemuda yang berasa dikhianati oleh darah daging sendiri.

Bercerita mengenai perkara tersebut, lelaki berkenaan memberitahu dia sering menemani ibu saudaranya yang sering bersendirian di rumah.

Malah katanya, dia sanggup datang ke rumah ibu saudara yang dipanggil mak long itu setiap kali waktu rehat bagi menemaninya makan tengah hari.

Kebanyakan individu yang kehilangan ibu bapa pastinya dahagakan kasih sayang. -Gambar hiasan AI

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila cucu ibu saudaranya pulang ke kampung dan dia ditegur kerana kerap ke rumah sehingga membuatnya terasa hati.

"Suatu hari, anak cucu dia balik dan cakap tak malu ke makan dekat rumah orang? Rumah sendiri tak ada makanan ke?

"Sejak hari itu, hari raya pun aku tak pernah pergi lagi ke rumahnya," ceritanya.

Dalam pada itu, pemuda berkenaan menjelaskan dia tidak pernah memberitahu situasi sebenar kepada ibu saudaranya tentang situasi yang sedang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah halau, suruh pindah segera! Jangan panik, ketahui hak sebagai penyewa

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu ‘rampas’ rumah sewa, halau penyewa tanpa persetujuan bapa mentua... Rupanya rancang nak tinggal secara percuma!

Katanya, dia ikhlas menemani wanita tersebut malah sanggup berkorban membawanya membeli barang atau ke klinik.

"Mak long tak tahu sampai sekarang kenapa aku dah tak pergi rumahnya. Aku tak pernah cakap cuma terus menghilangkan diri.

"Waktu kejadian aku masih bekerja di kampung dan kami memang tinggal di kawasan sama. Akulah yang bawa mak long pergi kedai termasuk ke klinik.

"Anak dia pula semua kerja hebat-hebat, jadi niat aku masa itu hanya mahu menolong ibu saudara sendiri tapi mulut laser cucunya memang aku blah terus," jelasnya.

  • Lelaki pilih menjauh selepas ditegur cucu mak long.
  • Sebelum itu, dia kerap menemani mak long makan.
  • Mak long tidak tahu sebab dia tiba-tiba menghilang.
  • Dia juga sering membantu mak long uruskan keperluan harian.
  • Netizen simpati dan anggap mak long tidak bersalah.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan keadaan lelaki berkenaan dan berpendapat ibu saudaranya mungkin tidak mengetahui situasi sebenar.

"Kesian mak long sebab dia tak bersalah. Mesti dia sunyi kau tak temankan dia.

"Anak cucu duduk jauh... Sekurang-kurangnya sebelum ini awak boleh temankan dia. Ini awak pun dah berlalu pergi. Kesiannya dekat dia," antara komen netizen.

Artikel Lain