PEMERGIAN ibu bapa biasanya menjadi waktu untuk adik-beradik mengeratkan lagi hubungan sedia ada.Namun keadaan boleh menjadi sebaliknya apabila membabitkan pertikaian harta pusaka sehingga mencetuskan pergaduhan dalam kalangan waris. Itu situasi dialami seorang wanita yang menjadi saksi mata melihat ibu dan bapa saudaranya bergaduh sesama mereka selepas nenek mereka meninggal dunia."Pakcik makcik aku bergaduh rebutkan harta arwah nenek sampai ke kain batik, pakaian, cadar dan tilam, perkakas dapur dan paling ketara rebut adalah peti ais.Setiap harta peninggalan arwah perlu dibahagikan mengikut hukum faraid. -Gambar hiasan AI"Yang lebih kelakar, sudip, senduk, sudu dan garfu mereka rebutkan juga. Betul tahap miskin tak boleh beli sendiri. Kedai serbaneka pun banyak murah-murah."Malu juga nak mengaku makcik pakcik bergaduh hal harta pusaka ini. Apa teruk sangat sampai barang orang meninggal nak rebut," ceritanya di Threads.Wanita itu bagaimanapun meluahkan rasa kecewa melihat hubungan adik-beradik menjadi keruh hanya disebabkan barangan yang dianggapnya tidak seberapa.Malah, dia berpendapat barangan tersebut boleh sahaja dibiarkan di rumah pusaka supaya kediaman berkenaan terus menjadi tempat untuk adik-beradik berkumpul dan mengenang arwah.ARTIKEL BERKAITAN: “Duit awak habis kena faraid!” - Wanita seru orang terlampau kedekut ubah sikap, hargai diri sebelum dijemput ajalARTIKEL BERKAITAN: Balu anak dua dikerah urus faraid selepas seminggu suami meninggal... Ibu tiri, biras paling tak sabar tunggu harta arwah!"Saya sebagai anak saudara malu nak mengaku makcik dan pakcik. Setakat peti ais dan barang-barang tu semua mampu beli sendiri."Tapi kalau sungguh pun tak mampu, saya tak nak berebut sebab nampak sangat taraf kita miskin macam hina sangat je sebab tak mampu nak usaha ada harta sendiri."Kalau nak kata tak bekerja, masing-masing ada pekerjaaan tapi fasal peti ais nak gaduh putus hubungan adik beradik, buat malu la," ujarnya.Dalam pada itu, wanita berkenaan turut mengingatkan mengenai urusan harta pusaka tidak sepatutnya dibuat sesuka hati oleh mana-mana waris.Nenek baru meninggal dunia, barang peninggalan pula jadi rebutan waris.Peti ais, kain batik hingga sudu dan garfu turut dipertikaikan.Anak saudara kecewa hubungan pakcik dan makcik keruh kerana harta pusaka.Wanita itu malu melihat ahli keluarga bergaduh kerana barang arwah.Tegasnya, harta pusaka perlu diurus dan dibahagikan mengikut faraid.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurutnya, setiap harta peninggalan perlu diuruskan mengikut pembahagian yang sepatutnya dan bukannya terus dianggap sebagai hak individu."Ini baru-baru mula gaduh je. Tak tahu la kalau nak sampai ke lapor pada polis. Teruk sangat sikap tamak benda tu semua harta dunia nak direbutkan sangat."Padahal sama-sama darah daging. Kesian arwah kalau tahu mesti sedih sangat tengok kucar- kacir famili kerana harta tak seberapa ni. "Saya pun sedih tengok makcik pakcik lupa diri. Semua barang-barang itu kena faraid bukan sesuka hati cop kepunyaan masing-masing," katanya lagi.