suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Balu anak dua dikerah urus faraid selepas seminggu suami meninggal... Ibu tiri, biras paling tak sabar tunggu harta arwah!

Pembahagian harta secara faraid perlu dilaksanakan mengikut tatacara yang betul selepas seseorang meninggal dunia. -Gambar hiasan AI

HATI balu mana yang tidak sedih dan kecewa apabila didesak menguruskan pembahagian harta pusaka secara faraid di saat kubur arwah suami masih 'merah'.

Realiti pahit itulah yang dialami wanita berusia 26 tahun ini selepas kira-kira lapan hari suaminya meninggal dunia akibat kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Masih terkejut dengan kehilangan tempat bergantung, ibu kepada dua anak lelaki itu mengakui emosinya semakin tertekan apabila isu pembahagian harta mula dibangkitkan keluarga arwah terutama ibu tiri.

"Suami baru meninggal lapan hari. Saya ada dua anak lelaki. Keluarga suami asyik mendesak suruh buat faraid, kubur masih merah.

Isu perebutan harta pusaka pasti timbul selepas berlakunya kematian seseorang. -Gambar hiasan

Isu perebutan harta pusaka pasti timbul selepas berlakunya kematian seseorang. -Gambar hiasan

"Saya pun masih terkejut dengan apa yang terjadi sebab arwah kemalangan masa balik kerja," luahnya di Thread.

Adunya lagi, desakan diterima daripada mentuanya yang berstatus ibu tiri kepada arwah.

"Dia ibu tiri tapi jaga suami sejak umur dua tahun dan dia kata ada hak atas harta suami.

"Kalau faraid pun, abah je yang dapat sebab dia bukan mak kandung dan suami ada tiga beradik je tapi semua perempuan," tambahnya sayu.

  • Balu berusia 26 tahun mendakwa didesak keluarga mentua menguruskan faraid hanya lapan hari selepas suaminya maut dalam kemalangan.
  • Ibu mentua yang merupakan ibu tiri arwah dikatakan mendakwa mempunyai hak terhadap harta peninggalan tersebut.
  • Wanita itu turut mendakwa tidak menerima sedikit pun wang sedekah yang diberikan ketika urusan pengebumian suaminya.
  • Biras lelaki pula mendakwa arwah pernah berpesan supaya keretanya diambil, namun perkara itu diragui si balu.
  • Masih bersedih dan belum stabil, ibu kepada dua anak lelaki itu mahu menangguhkan urusan faraid serta memohon doa agar terus kuat.

Lebih menambah rasa pilu apabila duit sedekah yang diterima ketika upacara pengebumian arwah tidak diserahkan ke tanggannya walau satu sen.

Tidak hanya itu, biras lelakinya tiba-tiba menyatakan dia menerima 'amanat'  daripada arwah mengenai hak pemilikan kenderaan.

"Biras yang lelaki ni cakap suami ada pesan suruh ambil kereta kalau dia meninggal, saya macam tak percaya je sebab suami tak pernah sebut.

"Motosikal atas nama saya pun dia beria," tambahnya yang turut kecewa kerana keluarga mentua seolah-olah tidak mempunyai empati.

Paling tidak dilupakan apabila dia turut disindir ibu mentuanya kerana tidak ke kubur suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua nak faraid motosikal tinggalan arwah, cucu sakit tak pula tanya khabar - “Macam ni rupanya nasib bila suami dah tak ada”

ARTIKEL BERKAITAN: “Duit awak habis kena faraid!” - Wanita seru orang terlampau kedekut ubah sikap, hargai diri sebelum dijemput ajal

Namun situasi itu kembali tenang selepas bapa mentuanya menjelaskan bahawa dia boleh pergi selepas habis tempoh idah.

"Sekarang ni saya masih tak boleh keluar rumah, urusan faraid insya-Allah akan dibuat lepas ni," luahnya yang turut memohon orang ramai mendoakan agar dia terus kuat membesarkan dua anaknya selepas kehilangan suami secara tiba-tiba.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ramai yang memberi kata-kata semangat dan berkongsi pandangan.

"Mak tiri tak dapat hak faraid, hanya ayah mentua saja yang dapat. Abang atau biras pun tak layak sebab ada anak lelaki.

"Kalau matinya seorang suami sepatutnya keluarga belah suami kena tanggung isteri dan anak-anaknya. sebab itu faraid dapat juga dekat ayah kandung si mati sebab pemberian sekali dengan tanggungjawab," demikian reaksi netizen.

Untuk pengetahuan bersama, ibu tiri dan biras tidak mempunyai hak faraid ke atas harta pusaka seseorang.

Dalam hukum faraid Islam, waris yang layak menerima harta pusaka mestilah mempunyai pertalian darah (nasab), ikatan perkahwinan yang sah dengan si mati semasa kematian, atau hubungan kekeluargaan tertentu yang ditetapkan Al-Quran.

Artikel Lain