Kebanyakan gaduan baharu menjadikan jawatan guru ganti sebagai pilihan utama sebelum memulakan kerjaya sebenar. -Gambar hiasan AI
PELUANG menjadi guru ganti sering menjadi pilihan graduan untuk menimba pengalaman dalam bidang pendidikan sementara menanti tawaran pekerjaan tetap.Selain dapat merasai sendiri suasana mengajar di dalam kelas, pengalaman tersebut juga boleh membantu mereka meningkatkan kemahiran komunikasi dan menguruskan pelajar. Namun, hasrat seorang individu untuk mendapatkan pengalaman sebagai guru ganti tidak kesampaian apabila permohonannya didakwa ditolak atas sebab yang di luar jangkaan.Berkongsi pengalaman pahit itu, lelaki berkenaan berkata dia hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berdekatan kediamannya untuk bertanyakan lanjut mengenai jawatan guru ganti selepas melihat iklan yang disiarkan.Perasaan kecewa pasti dialami apabila permohonan ditolak tanpa alasan yang wajar. -Gambar hiasan AIBagaimanapun, setibanya di pejabat tersebut, dia diajukan sama ada mengenali mana-mana kakitangan yang berkhidmat dalam PPD tersebut atau tidak."Pengalaman pergi PPD untuk mohon jawatan guru ganti sementara, staf tanya... nak mohon guru ganti ke? Ada kenal orang dalam tak?," luahnya di Thread.Dakwanya lagi, sebaik sahaja menjawab tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kakitangan di situ, dia terus diminta untuk pulang.Lebih mengecewakan, dia turut dimaklumkan secara tiba-tiba bahawa kekosongan bagi jawatan yang dimohon itu sudah pun penuh.Jawatan guru ganti sering menjadi pilihan graduan untuk menimba pengalaman dalam bidang pendidikan sementara menunggu pekerjaan tetap.Seorang lelaki mendakwa permohonannya ditolak selepas mengaku tidak mengenali mana-mana kakitangan di sebuah PPD.Dia kemudian diminta pulang dan dimaklumkan bahawa kekosongan jawatan guru ganti sudah penuh.Jawapan itu menimbulkan tanda tanya kerana iklan kekosongan berkenaan didakwa baru dibuka dua hari sebelumnya.Netizen turut berkongsi pengalaman hampir sama dan mendakwa peluang sesetengah jawatan dipengaruhi faktor ‘orang dalam’.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya cakap tak ada... kemudian dia suruh balik. Dia cakap maaf, dah penuh," jelasnya lagi.Jawapan tersebut menimbulkan tanda tanya kerana menurut pengadu, iklan bagi jawatan berkenaan baru sahaja dibuka dua hari sebelumnya."Iklan itu baru dua hari dibuka," ujarnya sambil menyelitkan emoji ketawa seolah-olah menggambarkan rasa tidak percaya dengan situasi dialami.Bagaimanapun, pemuda terbabit tidak mendedahkan lokasi PPD, jumlah kekosongan atau tarikh sebenar permohonan dibuat.ARTIKEL BERKAITAN: Kecil-kecil dah guna ‘kabel’, bolot jawatan pengawas... Cikgu didakwa pilih kasih, selit anak sendiri masuk pertandingan wakil sekolahARTIKEL BERKAITAN: Padah gurau ‘ada orang dalam’, wanita kerja ‘gomen’ nikmati rehat 3 jam mohon maaf! Kontrak pun tak disambungHantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan ramai yang mendedahkan perkara sama dialami termasuk keperluan 'orang dalam' untuk mendapatkan jawatan."Tak pasti betul atau tidak, tapi adik ipar saya memang dapat jadi guru ganti dulu sebab ayah mentua saya guru penolong kanan. Selepas itu dia sambung belajar dan terus diserap jadi guru di sekolah yang sama."Perkara ini memang wujud. Dulu saya minta jawatan pustakawan, masa nak menghadiri temu duga tu saya nampak ayah kepada seorang calon lain yang rupanya bekas pekerja di situ."Saya pernah dapat panggilan jadi guru ganti dan cuma tunggu taklimat sahaja. Tapi tunggu punya tunggu, langsung tak dihubungi. Apabila saya telefon balik PPD, baru tahu slot saya sebenarnya sudah diisi orang lain," demikian antara reaksi warga maya.