Tekanan dan desakan ahli keluarga sering menjadi punca bakal pengantin mengalami stres. -Gambar hiasan AI
ADAT langkah bendul sering dianggap sebagai tradisi masyarakat apabila seorang adik mendirikan rumah tangga terlebih dahulu berbanding abang atau kakaknya.Kebiasaannya, individu yang 'dilangkah' akan diberikan hadiah sebagai tanda menghormati mereka. Namun isu ini boleh menjadi rumit dan memeningkan kepala apabila permintaan yang dibuat melibatkan barangan bernilai tinggi.Melalui situasi tersebut, seorang bakal pengantin wanita meluahkan rasa kurang senang apabila pasangannya perlu menyediakan cincin emas sebagai hadiah langkah bendul."Serabutlah aku dengan langkah bendul ni, sibuk nak minta cincin emas.Pemberian kepada kakak atau abang disebabkan 'langkah bendul' merupakan adat. -Gambar hiasan AI"Kau kahwin lambat itu kau punya pasallah. Kenapa nak susahkan bakal laki aku pula," luahnya di Thread.Lebih membuatkan pengadu terkilan, dia sendiri sanggup mengorbankan keinginan untuk mengenakan rantai leher emas sebagai mas kahwin demi menjimatkan kos perkahwinan dan mengurangkan beban bakal suami."Aku ni korbankan daripada guna rantai emas untuk acara batal air sembahyang sebab nak jimat, jadi aku ambil gelang," tambahnya menjelaskan situasi dialami.Langkah bendul dianggap sebagai adat dalam sesetengah keluarga apabila adik berkahwin terlebih dahulu berbanding kakak atau abang.Bakal pengantin wanita meluahkan rasa kurang senang apabila mendakwa perlu menyediakan cincin emas sebagai hadiah langkah bendul.Dia terkilan kerana permintaan itu dianggap menambah beban bakal suaminya.Wanita itu sendiri sanggup memilih gelang sebagai mas kahwin berbanding rantai leher.Netizen menjelaskan langkah bendul hanyalah adat dan bukan kewajipan, malah ada yang mencadangkan pemberian lebih sederhana sebagai tanda cenderahati.Ringkasan ini dijana oleh AILuahannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya menyatakan ia sekadar adat dan tidak wajib dituruti.Malah, ada juga netizen yang berkongsi pelbagai idea barangan cenderahati lain yang lebih wajar dan tidak membebankan untuk mengikut adat tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak izin kahwin, ‘pantang’ langkah bendul! Gadis stres tersepit dengan adat, teman lelaki pula nak cepat-cepat halalkan hubunganARTIKEL BERKAITAN: Kakak lari rumah, gelabah adik langkah bendul! Dah 10 tahun bercinta, duit cukup... takkan masih kena ikut giliran"Saya langkah bendul, abang saya minta RM50 sebagai tanda syarat. Lepas habis majlis dia masukkan dalam sampul dan pulang semula kepada kami."Semasa saya kahwin dulu, mak mentua bagi kain pasang, kain pelikat dan kotak mandian pada kakak-kakak serta abang saya."Nenek aku cerita yang adat ni sebab nak elakkan penyakit ain kepada pengantin baharu. Kiranya kakak yang dapat hadiah emas tak rasa kecil hati sampai timbul penyakit ain," demikian reaksi netizen.