suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cikgu termalu sendiri, niat nak mengadu pelajar ‘berasap’ di sekolah terbantut! - “Ayah dia siap cucuh di mulut anak”

Merokok antara kesalahan disiplin yang kerap dilakukan pelajar sekolah. -Gambar hiasan AI

BUKAN mudah memegang peranan sebagai seorang guru kerana tugas mereka tidak sekadar mengajar di dalam kelas, malah ada kalanya lebih daripada itu.

Seorang wanita berkongsi kisah pakciknya yang pernah berdepan pengalaman cukup mengecewakan ketika menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik suatu ketika dulu.

Menurut wanita itu, pakciknya pernah 'menangkap' seorang pelajar yang sedang leka menghisap rokok di kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan untuk ke rumah pelajar berkenaan demi memaklumkan perkara sebenar.

Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. -Gambar hiasan AI

"Dia pergi ke rumah nak beritahu ayah pelajar tu yang anaknya hisap rokok. Tapi apabila sampai je di rumah mereka, ayah pelajar tu siap nyalakan rokok kat mulut si anak. 

"Pakcik saya balik dengan rasa kecewa sangat-sangat. Pakcik cerita kejadian tu dekat atok," kata wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada mak ayah ambil ringan, selamba minta ustaz merokok tahnik anak - “Budak tu kata, rokok Surya ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat tanggung suami gaji kecil, nak beli rokok pun minta isteri... Paling sakit hati duit dalam dompet kerap hilang!

Melihat kekecewaan yang terbuku, datuknya kemudian menitipkan pesanan agar pakciknya memahami sejauh mana batas tanggungjawab seorang pendidik.

“Atok cakap, kita bukan ibu bapa. Kalau ibu bapa sendiri yang nak anak rosak, kita tak boleh buat apa-apa,” katanya.

Tambah wanita itu, kisah berkenaan sebenarnya sudah berpuluh tahun berlalu dan pakciknya kini telah pun bersara sepenuhnya daripada profesion perguruan.

Perkongsiannya itu dibuat bagi mengulas kenyataan seorang individu di Threads yang mendakwa antara kebodohan guru adalah apabila menganggap anak murid seperti darah daging sendiri.

“Kau tu pekerja saja, bukan ibu bapa mereka. Jadi tenang la sikit,” tulis individu berkenaan.

  • Guru kecewa selepas bapa pelajar didakwa menyalakan rokok pada anak sendiri.
  • Pakcik wanita itu pergi ke rumah pelajar selepas menangkapnya merokok.
  • Datuk menasihati guru supaya memahami batas tanggungjawabnya.
  • Netizen turut berkongsi pengalaman guru berdepan sikap ibu bapa.
  • Ada ibu bapa didakwa menganggap teguran guru sebagai campur tangan.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai dengan masing-masing bersetuju sikap ibu bapa sendiri menjadi punca anak-anak rosak akhlak.

"Ayah saya pula ada kes jumpa video porno dalam telefon pelajar dia. Apabila beritahu mak ayahnya, mereka kata tu privasi anak mereka, cikgu tak berhak tengok.

"Sama kes kawan anak saya, dia pun cikgu. Dia tangkap pelajar hisap vape kemudian telefon beritahu bapa dia. Rupanya vape tu bapa dia yang hadiahkan," komen warga maya.

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk