suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang buntingkan anak orang tapi adik perempuan jadi mangsa kongkong... Tergamak ibu sendiri hina bodoh, tak cantik!

Sikap pilih kasih ibu bapa boleh menyebabkan anak-anak menderita. -Gambar hiasan AI

ISU pilih kasih dalam keluarga bukanlah perkara baharu, malah tindakan sesetengah ibu bapa yang membezakan layanan kerap membuatkan anak-anak berasa tersisih serta berkecil hati.

Seorang gadis tampil meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa ibunya memberikan layanan yang sangat berbeza dan tidak adil antara dia dengan anak lelaki lain dalam keluarga.

Menurut gadis itu, sejak kecil dia sudah dididik supaya menguruskan keperluan sendiri termasuk membasuh pinggan selepas makan.

Elakkan memarahi anak atas perkara yang tidak dilakukan mereka. -Gambar hiasan AI

Elakkan memarahi anak atas perkara yang tidak dilakukan mereka. -Gambar hiasan AI

"Memang golongan mak-mak anti anak perempuan ke? Memang aku je yang kena jadi hamba abdi dalam rumah?

“Sejak kecil dah dididik lepas makan basuh pinggan sendiri. Tapi kalau dengan adik, aku pula yang kena basuhkan. Dah besar kot, Tingkatan Dua, takkan basuh pinggan pun tak reti,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedih disisih keluarga, terpaksa berdikari sejak kecil... Abang pula hanya perlu merajuk terus dapat kereta baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak dapat cincin emas, adik habuk pun tiada! - Anak kedua sayu jadi mangsa pilih kasih, tak pernah dapat hadiah daripada ibu

Lebih mengecewakan, pengadu mendakwa ibunya sering bercakap dengan nada lembut terhadap anak lelaki, sedangkan dia pula kerap dimarahi dan diungkit mengenai kesalahan lalu.

“Mak aku suka cakap elok-elok dengan anak lelaki. Dengan aku menjerit-jerit. Nak minta tolong pun menjerit dan mengungkit semua yang buruk tentang aku,” katanya.

Gadis itu turut mendakwa dia sering dikongkong atas alasan salah seorang abangnya pernah melakukan kesalahan besar sehingga menyebabkan ibunya hilang kepercayaan terhadap anak-anak.

"Suka nak kongkong aku dengan alasan abang aku pernah buntingkan anak orang. Lepas tu tak nak percayakan aku walaupun aku tak pernah buat hal pun.

"Aku macam tak ada hak sendiri. Masa depan aku pun semua nak ditentukan. Aku nak belajar kursus lain, tapi mak suruh ambil kursus lain. Aku ikut saja. Semua aku ikut,” katanya.

  • Gadis dakwa ibunya pilih kasih terhadap anak lelaki.
  • Dia mendakwa sering dimarah dan diungkit kesalahan.
  • Masa depan dan pilihan pengajiannya turut dikawal.
  • Gadis kecewa anak lelaki yang bermasalah dilayan lebih baik.
  • Dia nekad tinggal berjauhan selepas sambung belajar.

Bagaimanapun, dia berasa sedih apabila mendakwa anak lelaki yang sering menimbulkan masalah pula mendapat layanan lebih baik daripada ibunya.

“Aku ni tak ada hati dan perasaan ke? Aku yang selalu dikatakan menyusahkan, bodoh, tak cantik dan tak pandai,” luahnya lagi.

Kekecewaan itu menyebabkan gadis berkenaan mengakui sudah tidak sabar untuk tinggal berjauhan daripada keluarganya selepas melanjutkan pengajian.

“Tak sabar nak keluar dari rumah ini. Walaupun sambung belajar kursus pilihan ibu bapa pun tak apa, asalkan aku tak duduk di rumah ini lagi,” katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui masalah pilih kasih tersebut boleh berlaku dalam mana-mana keluarga.

"Bukan kau je dik, ramai famili hadap masalah ni. Apabila dah tua baru padan muka... rupanya emak lahirkan 'tuan' sendiri.

"Majoriti mak-mak macam tu. Asal anak lelaki je bukan main elok mereka layan. Anak perangai macam setan pun tetap juga dia sayang," komen netizen.

Artikel Lain