suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bergaduh sebab mengidam makan ketam, suami paksa isteri berhenti kerja... Siap pesan enggan tanggung semua hutang!

Masalah rumah tangga sering berakhir dengan pertengkaran. -Gambar hiasan AI

HANYA kerana 'mengidam' makan ketam, seorang wanita tidak menyangka permintaan kecil itu berakhir dengan pertengkaran sehingga dia dipaksa berhenti kerja.

Lebih memilukan, suaminya enggan menanggung beban hutang yang dimiliki termasuk ansuran bulanan motosikal yang digunakan lelaki itu selepas berhenti kerja.

Meluahkan kesedihan dialami, wanita ini mengaku rasa terkilan apabila diminta berhenti kerja selepas menyuarakan keinginan untuk makan ketam pada hari gaji suaminya.

"Suami dapat gaji hari ini, aku pun minta nak makan ketam, tapi macam-macam dia cakap dekat aku.

Pasangan suami isteri sering diuji dengan masalah kewangan. -Gambar hiasan

Pasangan suami isteri sering diuji dengan masalah kewangan. -Gambar hiasan

"Aku pencari nafkah utama dalam keluarga. Tiba-tiba suami suruh berhenti kerja. Tapi ayat dia, hutang kau, kau bayar. Kau yang buat hutang, takkan aku yang nak bayar?

"Hutang itu hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan motosikal. Motosikal itu pun dia yang pakai," luahnya sambil membandingkan situasi dialami.

Tidak hanya itu, dia turut mendedahkan suaminya memberikan beberapa cadangan pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah bagi membolehkan dia membayar semua hutangnya.

  • Permintaan seorang isteri untuk makan ketam pada hari gaji suaminya bertukar menjadi pertengkaran sehingga dia disuruh berhenti kerja.
  • Wanita yang juga anak yatim piatu itu mendakwa dirinya merupakan pencari nafkah utama dalam keluarga.
  • Suaminya enggan menanggung hutang PTPTN dan pembiayaan motosikal.
  • Dia terkilan kerana sudah banyak mengorbankan wang, harta benda dan simpanan.
  • Netizen menasihatinya supaya tidak berhenti kerja kerana bimbang dia akan kehilangan sumber pendapatan dan bergantung sepenuhnya kepada suami.

"Dia cakap nanti kau duduk rumah, kau buatlah kerja apa-apa. Jual kek ke nak bayar hutang kau. Aku boleh bagi nafkah saja," katanya lagi.

Dia yang buntu dan kecewa dengan sikap suaminya mula mengimbau pengorbanan yang dibuat sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang isteri.

Katanya, dia bukan sahaja mengorbankan wang dan harta benda demi membantu suami, malah tidak lagi mempunyai simpanan emas kerana mahu meringankan beban lelaki itu. 

"Selama ini sebagai seorang isteri, aku banyak korbankan harta benda untuk dia. Aku sampai emas pun tak ada sebab nak senangkan dia. Sampai masa macam ini dia buat aku," luahnya dalam nada kecewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami suruh isteri ‘resign’, kemudian cerai! Rupanya dah ada wanita lain menunggu, ibu mudah restu sebab bakal menantu berkarier

ARTIKEL BERKAITAN: “Apabila minta dia main bab agama” - Isteri menyesal ikut cakap suami berhenti kerja, jiwa merana penat mengemis duit

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-rata menasihatinya supaya tidak menurut kehendak suami untuk berhenti kerja.

"Belum berhenti dah buat macam tu, nanti macam mana pula kalau awak dah berhenti?

"Jangan berhenti, apabila berhenti dia akan anggap awak tiada nilai sebab akan bergantung hidup dengan dia.

"Pernah kena macam ni dulu, saya tak buang kerja tapi buang suami dan Alhamdulillah sekarang bahagia bersama anak-anak," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain