suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tinggal sekejap pergi timbang buah, makcik selamba ‘curi’ troli siap keluarkan barang... Wanita tak bagi muka, terus ‘sound setepek’

Kita sewajarnya perlu lebih peka dan menghormati hak pengunjung lain ketika berada di tempat awam. -Gambar hiasan AI

PELBAGAI ragam manusia dapat dilihat ketika berada di tempat awam, apatah lagi di lokasi yang sering menjadi tumpuan seperti pasar raya. 

Dalam kesibukan memilih barangan, ada segelintir individu mengambil kesempatan ketika orang lain sedang leka atau sibuk dengan urusan masing-masing.

Begitulah situasi dialami seorang wanita ini apabila dia berdepan dengan seorang individu warga emas yang didakwa cuba 'mencuri' troli miliknya ketika sedang membeli-belah di sebuah pasar raya di Setia Alam.

"Kepada makcik yang curi troli saya dekat **** Setia Alam tadi, amboi... biasa dia ya!

Sikap bertimbang rasa dan saling menghormati ketika berada di tempat awam mampu mengelakkan perselisihan faham. -Gambar hiasan 

"Aku tinggal sekejap je pergi timbang buah, pusing belakang, nampak dia dah ambil barang-barang aku dalam troli tu letak dekat rak lain... tanpa bersalahnya letak barang dia dan blah," tulisnya.

Menyedari individu berpangkat 'makcik' itu sengaja ingin mengambil kesempatan, wanita itu berkata dia segera bersemuka untuk mendapatkan semula troli tersebut.

"Memang aku pergi minta baliklah. Lain kali jangan main ambil je! Masalahnya terang-terang ada barang kan dalam troli tu. Jenis-jenis selfish ni memang minta kena sound! Perkataan maaf pun tak ada," katanya.

Menurut wanita itu, keadaan berkenaan berbeza sekiranya seseorang benar-benar tidak sengaja terambil troli yang disangkakan kosong.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembeli tak guna ‘common sense’, personal shopper naik angin! “5 jam saja nak beratur bayar... kami juga manusia biasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan minta tutup pintu tandas sebab geli nak makan... anak buat sepah, kotorkan sekeliling meja tak geli pula!

"Kita boleh tahu kalau yang memang niat nak curi atau terambil sebab tak perasan.

"Harap dia belajar daripada kesilapan. Silap hari bulan jumpa yang suka buat drama, memang mendapatlah makcik tu," katanya.

Menurut wanita berkenaan lagi, perkongsian tersebut dibuat sebagai pengajaran bersama agar orang ramai lebih peka dan menghormati hak pengunjung lain ketika berada di tempat awam.

Di ruangan komen, rata-ratanya menganggap tindakan mengambil troli yang masih mempunyai barang sebagai sesuatu yang tidak wajar.

  • Seorang wanita mendakwa troli yang masih berisi barang miliknya diambil oleh seorang warga emas di pasar raya.
  • Wanita itu meminta semula troli selepas menyedari niat individu berkenaan yang ambil kesempatan.
  • Dia terkilan kerana individu tersebut selamba pindahkan barangnya di rak lain dan tak memohon maaf.
  • Dia berkongsi kejadian tersebut sebagai pengajaran supaya orang ramai lebih menghormati hak pengunjung lain.

Malah, ada yang mengakui pernah berdepan situasi hampir sama ketika sedang membeli-belah.

"Malas betul tangan nak ambil troli. Bagus sis... rotan acik tu nanti baru tahu.

"Troli pun nak curi ehh. Perangai apakah itu.

"Saya pernah kena. Barang dapur penuh weh dalam tu, dah siap bayar. Saya leka belek sepit rambut, tiba-tiba ada seorang makcik tolak troli saya laju-laju. Saya terus kejar," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain