MEMILIKI cahaya mata menjadi impian ramai wanita selepas berkahwin namun bukan semua pasangan diberikan rezeki zuriat.Seorang wanita meluahkan rasa kurang selesa apabila mendakwa sering menjadi bahan sindiran rakan sekerja wanita yang gemar mencampuri urusan rumah tangganya. Menurut wanita itu, rakan sekerjanya itu sering menyindir kesibukan suaminya yang kerap kerja di luar kawasan sebagai punca mereka tidak memiliki zuriat.Memiliki anak adalah impian setiap pasangan berkahwin. -Gambar hiasan AI"Yang mengata saya ini dah pangkat makcik, umur pun dah 58 tahun. Dia selalu cakap saya tak pandai ‘main’."Katanya kena buat posisi macam itu, macam ini, kena berkuda dan macam-macam lagi."Bila suami saya balik daripada kerja luar kawasan, mesti dia menyibuk tanya, semalam dah buat belum? Sejujurnya saya benci apabila orang menyibuk,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dihina mandul hanya kerana tak izin anak saudara bawa pulang koleksi Lego - “Mak ayah dia kata saya berkira dengan budak”ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan dah bertiga” - Geram disindir mandul, wanita guna cara halus balas mulut celupar sepupu suami, buka cerita bil hospital!Lebih membuatkan wanita itu berasa geli dan tidak selesa, rakan sekerjanya didakwa pernah membuat bunyi berunsur seksual ketika kononnya cuba mengajarnya mengenai hubungan intim."Kadang-kadang dia suka buat bunyi gersang. Konon mengajar saya macam mana nak buat bunyi. Sumpah geli.“Saya sudah pernah tegur makcik itu, tetapi nanti dia sentap dengan kita. Lepas itu, dia buat susah kerja kita," katanya.Wanita dakwa rakan sekerja sering menyindir soal zuriat.Rakan sekerja didakwa mempersoalkan suami yang kerap kerja luar kawasan.Lebih mengejutkan, wanita itu dikatakan memberi ‘petua’ hubungan intim.Mangsa mengaku geli dan tidak selesa dengan gurauan berunsur seksual.Netizen mengecam tindakan rakan sekerja yang dianggap keterlaluan dan biadap.Ringkasan ini dijana oleh AIWanita berkenaan berharap orang sekeliling lebih menghormati privasi pasangan suami isteri dan tidak menjadikan soal zuriat sebagai bahan gurauan atau topik untuk disibukkan.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan kenyataan individu yang sudah berusia itu sebagai biadap."Jangan hiraukan mulut orang. Manusia ni bercakap tak fikir perasaan orang."Jahat mulut cakap kat orang, awak jangan dengar tau. Saya doakan awak murah rezeki selalu dan dikurniatkam zuriat," komen warga maya.