suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ingatkan dah bertiga” - Geram disindir mandul, wanita guna cara halus balas mulut celupar sepupu suami, buka cerita bil hospital!

Ziarah bayi baru lahir dikatakan boleh membawa aura positif kepada pasangan yang sedang berusaha mendapatkan anak. -Gambar hiasan AI

SINDIRAN kejam mengenai istilah mandul dan 'kosong' antara perkara paling sensitif dan sering dilalui oleh sesetengah wanita yang masih belum dikurniakan rezeki zuriat.

Seorang wanita tampil berkongsi pengalaman pahitnya apabila dia yang sudah hampir tujuh tahun berkahwin dan gigih berjuang mendapatkan cahaya mata, berdepan sindiran berbisa ketika menziarahi sepupu suaminya yang baru sahaja selamat melahirkan anak.

Menurut wanita berkenaan, pada mulanya dia berasa sangat teruja dan gembira apabila suaminya mengajak ke rumah sepupu mereka itu.

Namun jangkaannya meleset sama sekali apabila kunjungan tersebut bertukar menjadi medan sindiran hanya kerana dia belum pernah mengandung.

Setiap wanita berkahwin sentiasa mengimpikan mempunyai zuriat sendiri. -Gambar hiasan AI

Setiap wanita berkahwin sentiasa mengimpikan mempunyai zuriat sendiri. -Gambar hiasan AI

"Sepupu suami aku ni dah beranak kali keenam. Masa aku baru je nak duduk dia kata... datang berdua ke, ingatkan dah bertiga.

"Dia kata sambil gelak-gelak. Aku okay je lagi, faham mungkin niat dia nak bergurau," kongsinya di media sosial cuba bersangka baik pada awalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dihina mandul hanya kerana tak izin anak saudara bawa pulang koleksi Lego - “Mak ayah dia kata saya berkira dengan budak”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dituduh mandul, suami pula ikut telunjuk ibu... Tergamak curang dengan janda anak 5!

Bagaimanapun, suasana harmoni itu mula berubah tegang apabila suaminya diminta untuk mendalami perasaan dengan mendukung bayi tersebut, sebelum wanita berkenaan didakwa sekali lagi mengeluarkan kata-kata tajam yang cukup menyentuh maruahnya.

"Dia kata... berapa tahun dah kosong? Untung la, aku ni tak sempat nak kosong asyik lekat ja. Dia rujuk 'kosong' tu kepada aku.

"Muka suami aku dah cuak, sebab dia tahu aku akan sembur sepupu dia nanti," katanya yang sudah mula hilang sabar dengan kebiadaban tuan rumah.

Enggan terus menjadi mangsa buli emosi, dia memilih untuk tidak melatah sebaliknya membalas sindiran tersebut dengan taktik yang jauh lebih 'bijak' dan bersahaja dengan bertanyakan keadaan kewangan suami wanita itu di depan mukanya sendiri.

"Ngam-ngam aku nak jawab, suami dia datang hantar air... terus aku tanya laki dia. Macam mana, cukup tak duit nak bayar bil hospital hari tu?

"Lupa nak tanya berapa nak pakai, suruh abang (suami aku) transfer dulu RM1,000 untuk beli barang baby," sindirnya semula.

  • Wanita luah hati selepas disindir belum dikurniakan anak.
  • Sindiran berlaku ketika ziarah sepupu yang baru bersalin.
  • Wanita pilih balas dengan tenang tanpa bergaduh.
  • Netizen sokong dan doakan pasangan dikurniakan zuriat.
  • Dia akui setiap orang ada rezeki masing-masing.

Menurut wanita itu, reaksi sepupu suaminya yang terus terdiam seribu bahasa membuatkan dia berasa sangat puas.

Katanya lagi, selama ini dia jenis yang menjaga aib orang dan tidak pernah membalas sindiran atau membandingkan taraf kehidupan masing-masing.

"Laki dia pula jawab... Alhamdulillah kak, lebih daripada cukup. Terima kasih sangat-sangat tolong saya suami isteri. Terus bini dia bangun buat-buat nak ke tandas.

"Aku tak pernah ungkit bab duit ni, tapi kali ni dia cari pasal. Korang doakanlah aku dan suami dikurniakan zuriat," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang rata-ratanya puas dengan jawapan balas wanita tersebut.

"Bagus kak, dia memang patut kena macam tu. Rezeki tiap orang ni Allah dah tentukan berbeza-beza.

"Puas hati dengar jawapan akak. Moga akan dikurniakan zuriat suatu hari nanti," komen warga maya.

Artikel Lain