BERMULA dengan tuduhan mandul, seorang wanita tidak menyangka 'perang dingin' dengan ibu mentuanya akan berlarutan sehingga menjejaskan rumah tangga dibina dengan suami. Berkongsi situasi yang berlaku, ujar wanita ini, segalanya bermula apabila dia berjaya membuktikan dirinya bukanlah wanita mandul seperti didakwa keluarga mentua. Malah katanya, disebabkan berjaya melahirkan seorang anak lelaki, ibu mentuanya seperti 'cacing kepanasan' dan mula membuat tuntutan tidak wajar."Alhamdulillah, berjaya buktikan boleh beranak, lepas melahirkan, mak mentua rasa insecure.Momen bersama anak adalah paling berharga. -Gambar hiasan AI"Dia paksa anaknya beli rumah tanpa bincang dengan saya," luahnya di Threads. Lebih mengejutkan apabila rumah tersebut bukanlah dibeli untuk keselesaan keluarga kecil mereka, sebaliknya dijadikan tempat berteduh bagi ibu mentua dan adik-beradik suaminya yang tidak bekerja.Dakwanya lagi, gaji bulanan suami menjadi semakin kecil apabila sejumlah RM1,500 perlu dipotong untuk pembiayaan perumahan berkenaan."Gaji suami yang ciput kena potong RM1,500 untuk loan rumah. Akhirnya suami tak mampu sara anak... papa kedana," tulisnya lagi.Wanita dituduh mandul oleh keluarga mentua.Berjaya buktikan boleh beranak, mentua mula ‘insecure’.Suami dipaksa beli rumah untuk keluarga mentua.Kewangan terjejas, suami juga berlaku curang.Wanita pilih bercerai, netizen sokong keputusan.Ringkasan ini dijana oleh AIBeranggapan konflik rumah tangganya akan berakhir dengan pembelian rumah tersebut, wanita ini sekali lagi dikejutkan dengan sikap suaminya.Bukan sahaja menurut segala kemahuan ibu tanpa berfikir panjang, suaminya juga sanggup berlaku curang dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak."Dia curang dengan janda anak lima, wanita tu kerja sebagai pengawal keselamatan," tambahnya mengimbau kenangan pahit yang pernah berlaku.Enggan terus hidup dalam toksik dan kemiskinan berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab suami, dia yang bekerja sebagai peguam mengambil langkah berani untuk 'keluar' daripada perkahwinan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu cemburu buta, panas buntut kalau anak lelaki balik kampung isteri... Gigih minta ‘live location’ARTIKEL BERKAITAN: “Laki aku ni bebal!” - Wanita bodohkan suami sendiri, marah tak bersuara isu tema baju raya... Meluat mentua campur tangan"Kini mereka sudah jadi sejarah dalam hidup saya dan anak," ujarnya.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan si suami yang terlalu mengikut telunjuk ibu sehingga mengabaikan nafkah anak isteri selain berlaku curang."Hairan orang yang buat keputusan tak tanya pasangan, lagi-lagi loan rumah. Bagus awak angkat kaki."Eloklah tinggalkan beban, biarkan bekas suami tu membayar hutang sampai tua dengan gaji ciput," demikian reaksi netizen.