Perbelanjaan ketika janji temu (dating) sewajarnya ditanggung bersama dan setiap pasangan perlu memahami kemampuan masing-masing. -Gambar hiasan AI
FASA percintaan sering kali disulami dengan aktiviti keluar bersama atau dating, sama ada sekadar menonton wayang, menikmati makan malam, mahupun sekadar meluangkan masa berdua.Namun di sebalik suasana santai itu, soal perbelanjaan kadangkala dipandang remeh, walhal cara pasangan mengendalikan wang ketika keluar bersama sebenarnya mencerminkan tahap tanggungjawab serta nilai tolak ansur dalam sesebuah hubungan. Di Threads, seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai staf di sebuah pawagam berkongsi satu situasi yang membuka mata ramai mengenai perkara tersebut.Menerusi perkongsiannya, dia tampil memberikan pandangan agar setiap pasangan lebih bertimbang rasa dalam soal kewangan, khususnya bagi mengelakkan bebanan terletak di bahu sebelah pihak sahaja.ARTIKEL BERKAITAN: Sehari lepas keluar ‘dating’ tengok wayang, teman lelaki hantar kod QR... Minta bayar balik duit tiketARTIKEL BERKAITAN: Lumrah... duit lelaki ‘terbang’ setiap kali keluar dating, doktor syukur dapat pasangan gentlewoman - “Kalau keluar, mesti kami bayar asing-asing”“Yang couple nak keluar tu tolonglah biasakan spend duit 50-50.“Masa saya kerja, saya serve sepasang couple ni nak beli tiket. Mereka pilih twin seat, jadi jumlahnya RM40.“Lelaki tu nak bayar pakai kad, tapi dah tiga kali cuba tetap tak lepas. Saya agak baki dalam kad dia tak cukup,” kongsinya mengimbas kembali situasi yang berlaku di depan matanya. Fasa percintaan sering kali disulami dengan aktiviti keluar bersama atau 'dating'. -Gambar hiasan AISituasi itu menyebabkan lelaki tersebut terpaksa berfikir cara lain untuk menyelesaikan bayaran.Ujarnya, lelaki itu dilihat berbincang dengan pasangannya sebelum kembali ke kaunter untuk meminta kebenaran membuat pembayaran secara campuran iaitu kad dan tunai.“Saya pun tanya manager. Manager cakap kalau ikutkan tak boleh tapi apabila tengok balik macam kesian la. Jadi manager saya pun cakap okey, janji bayar.“Masa lelaki tu fikir macam mana nak selesaikan pembayaran, boleh pula GF dia terpusing-pusing macam tak nak tolong ya.“Saya terfikir sendiri, kau tak boleh tolong bayarkan RM40 ringgit tu dulu ke. Iyalah, kan tengok wayang tu sama-sama,” kongsinya.Seorang individu berkongsi pandangan tentang kepentingan bertimbang rasa dalam soal kewangan ketika bercinta.Perkongsian tersebut berdasarkan situasi sebenar yang berlaku ketika sepasang pasangan membeli tiket wayang.Lelaki menghadapi kesukaran membuat bayaran, namun pasangannya dilihat tidak membantu.Dia berpendapat perbelanjaan secara 50-50 wajar diamalkan bagi mengelakkan beban sebelah pihak.Netizen turut menyokong amalan berkongsi perbelanjaan agar tidak timbul salah faham.Ringkasan ini dijana oleh AITambahnya, dia turut menjangkakan pasangan itu akan berkongsi kos secara sama rata selepas berbincang, namun akhirnya keseluruhan bayaran tetap ditanggung oleh lelaki.“Masa bayar tu pun saya ingat separuh daripada duit GF dan separuh lagi duit BF. “Tapi bayaran tetap pakai duit lelaki. Jadi yang couple nak tengok wayang tu amalkan la spend duit masing-masing jadi 50-50,” akhirinya.Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan wanita berkenaan, malah ada yang turut berkongsi pengalaman hampir sama.Menurut mereka, amalan berkongsi perbelanjaan bukan sahaja lebih adil, malah dapat mengelakkan salah faham selain tidak membebankan sebelah pihak.