suria

Wanita ‘membara’ kenang perangai toksik mak saudara, geram ibu ajak hadir majlis kahwin - “Dia tetap kakak mama!”

Jemputan majlis perkahwinan perlu dirancang dengan sebaiknya bagi mengelakkan nama keluarga atau rakan tercicir. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berada dalam keadaan serba salah apabila tindakannya 'membuang' nama ibu saudaranya dari senarai jemputan ke majlis perkahwinannya pada tahun hadapan menyebabkan ibunya merajuk.

Jelas wanita itu, tindakan tersebut disebabkan sikap ibu saudaranya dan keluarga yang didakwa toksik dan gemar mengambil kesempatan.

"Saya dah cakap pada mak yang saya mati-mati tak mahu ajak kakak sulung dia yang dipanggil maklong ke majlis kenduri.

"Saya dan adik-beradik memang boikot keluarga maklong tapi sekarang, mak nak hantar kad jemputan pada mereka pula.

Persiapan perkahwinan perlu dilakukan dengan rapi. -Gambar hiasan AI

Persiapan perkahwinan perlu dilakukan dengan rapi. -Gambar hiasan AI

"Saya mengamuk cakap tak boleh dan lepas mak cakap tapi dia tetap kakak mama, saya bidas pula, ya dia memang kakak mama, dia tak datang kenduri kakak pun... dia tetap kakak mama juga," luahnya di Threads.

Mengimbau punca dia membenci ibu saudaranya itu, wanita itu dakwanya gemar bercakap besar ketika kehidupan mereka senang.

Namun selepas ibu saudaranya jatuh muflis, wanita itu sering meminta wang daripada ibunya dan mengambil kesempatan atas kebaikan yang ditunjukkan.

"Maklong jenis suka cakap besar dari zaman saya sekolah lagi sebab dia pernah kaya sekejap.

  • Wanita dilema tak mahu jemput maklong ke majlis kahwin.
  • Dakwa keluarga maklong toksik, suka ambil kesempatan.
  • Kongsi kisah sepupu ditaja belajar tapi gagal dan menipu.
  • Geram keluarga sering minta duit, siap tuduh ambil rasuah.
  • Netizen nasihat ikut saja kehendak ibu, utamakan keluarga.

"Selepas keluarga dia muflis, setiap bulan dia mesej mak minta duit, masa itu ayah dapat gelaran Datuk," ceritanya.

Lebih menambah kebencian, sepupunya juga gemar mengambil kesempatan malah pernah meminta bapanya menaja pengajiannya di sebuah universiti tempatan.

"Ayah kesian jadi dia taja anak lelaki maklong belajar dan bagi duit belanja setiap bulan. Masa itu saya nak sangat sambung belajar di United Kingdom tapi ayah cakap tak boleh.

Akhirnya sepupu saya itu sebenarnya gagal dan dibuang universiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 tahun anak sabar dengan ibu bapa toksik! Cucu nazak tak ziarah, lepas meninggal jadi orang terpaling sedih

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ada pekerja tak kisah gaji rendah... Syukur dapat bos baik, kawan ofis bukan jenis toksik!

"Dia langsung tak maklumkan pada ayah dan tetap ambil duit belanja bulanan yang diberikan," tambahnya yang terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab sepupunya itu.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit juga mengada-adakan cerita sedih apabila 'kantoi' mengenai kegagalan dalam akademik.

"Bila kena tangkap, buat cerita sedih siap minta duit lagi. Pernah kakak dia datang rumah minta ayah taja baju kahwin dia," adunya lagi.

Apa lebih mengejutkan, dia mendakwa bapa saudaranya yang kini telah meninggal dunia pernah menuduh keluarganya mengambil rasuah.

Reaksi netizen.

Reaksi netizen.

Dakwanya, perkara tersebut dibisik kepada neneknya suatu ketika dahulu berikutan bapanya merupakan penjawat awam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang dialaminya namun meminta supaya dia menurut sahaja permintaan ibunya menjemput ibu saudaranya itu. 

"Dah jadi norma masyarakat sis, walau jahat macam mana pun perangai ahli keluarga, majlis kahwin akan jemput juga sebab darah daging. 

"Biarlah mama tu jemput kakak dia, itu tetap adik-beradik dia," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain