suria

Padah sapu makanan gagak, lelaki jadi mangsa dendam haiwan! Mana saja letak kereta pasti kena ‘bom’

Gagak dikatakan antara haiwan yang mempunyai memori hingga mampu mengingati situasi yang dilaluinya. -Gambar hiasan AI

ADA beranggapan ia sekadar kebetulan, namun tidak kurang ada juga yang percaya bahawa haiwan tertentu mampu 'menyimpan' memori, malah dendam terhadap manusia. 

Kisah yang dikongsikan seorang wanita ini mengundang perhatian apabila suaminya didakwa menjadi mangsa 'dendam' sekumpulan burung gagak hanya kerana satu insiden kecil.

Menurut wanita berkenaan, segala-galanya bermula apabila suaminya menyapu makanan yang diberi untuk 'santapan' haiwan berkenaan.

Ada yang percaya gagak menyimpan dendam terhadap manusia yang pernah mengancam atau menyakitinya. -Gambar hiasan AI

"Macam mana nak hentikan dendam burung gagak ya? Suami saya sampai stres. Saya selalu beri gagak makan kalau ia datang bertenggek atas kereta.

"Tapi ada satu hari tu, suami saya sapu makanan tu. Semenjak daripada tu, kalau suami memandu dan park mana-mana, kereta dia akan penuh tahi burung.

"Walaupun pergi beli barang dapur dekat kedai runcit depan taman," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Angsa kenang jasa! Ramai kagum lihat hubungan sweet pemuda ini dengan Seman - “Kami rapat selepas saya bantu ‘bini’ dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja part time pemandu Grab, tapi bakal guru rela poket kosong asal dapat ‘kenyangkan’ haiwan jalanan - “Rasa bersalah kalau lalu tak bawa makanan”

Menurut wanita itu, kejadian tersebut bukanlah sesuatu yang asing kerana dia juga pernah melalui pengalaman hampir sama sebelum ini.

"Dulu saya bagi kucing makan dekat luar rumah. Rupanya gagak yang datang makan. Lepas tu saya tak bagi dah. Jadi lepas tu gagak selalu datang dan campak hanger saya.

"Ia akan kuis hanger dan baju di ampaian, sampai bersepah. Bermula daripada itu, saya mula bagi gagak makan dan ia tak kacau dah.

"Sekarang suami pula kena disebabkan insiden dia sapu makanan tu. Kadang kesian, kadang tu kelakar sebab dia pergi kedai lima minit je, tapi bumbung dan cermin depan dah bertompok-tompok," kongsinya lagi.

  • Seorang wanita mendakwa suaminya menjadi sasaran ‘dendam’ burung gagak selepas satu insiden kecil.

  • Kejadian bermula apabila suaminya menyapu makanan yang biasa diberi kepada gagak.

  • Sejak itu, kereta suaminya sering dipenuhi tahi burung setiap kali parkir di mana-mana.

  • Wanita itu turut berkongsi pengalaman lama apabila gagak mengganggu rumahnya selepas berhenti diberi makan.

  • Netizen percaya gagak bijak dan menyarankan memberi makan semula sebagai tanda 'berdamai'.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang terhibur dan menganggap ia pengalaman lucu.

Dalam kalangan netizen turut berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing, malah ada yang percaya burung gagak sememangnya 'bijak' serta mampu mengenali individu tertentu. 

Sebahagian daripada komen netizen.

Justeru mereka menyarankan supaya suaminya kembali memberi makanan sebagai 'tanda damai', selain cuba mengelak daripada mengganggu haiwan berkenaan.

"Kalau tak silap gagak ni dia simpan dendam lebih daripada 40 tahun. Dan ia jenis akan saling memberitahu pada yang lain juga.

"Apa kata next time suami pula yang bagi makan, sebagai tanda berdamai.

"Gagak ni pendendam. Memang ada kata gagak ni bijak dalam masa yang sama pendendam. Dari jauh dia boleh aim dengan siapa dia dendam," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain