suria

Kerja part time pemandu Grab, tapi bakal guru rela poket kosong asal dapat ‘kenyangkan’ haiwan jalanan - “Rasa bersalah kalau lalu tak bawa makanan”

Video dikongsi Farhana tular di aplikasi TikTok.

SIKAP mulia wanita ini memberi makanan kepada haiwan jalanan wajar mendapat perhatian ramai.

Malah, video-video memaparkan Zuria Farhana Mohamad, dan rakannya, Nurul Afiqah Ahmad, 30, memberi makanan kepada haiwan berkenaan meraih ratusan ribu tontonan di aplikasi TikTok.

Mesra disapa Farhana, pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim, Perak itu sempat bercerita mengenai usaha murninya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan lari tinggalkan rumah sewa, anjing buta tumpang kasih jiran Melayu sambil harapkan kepulangan - “Sayangnya tak boleh nak bela”

ARTIKEL BERKAITAN: Pujuk dulu, kemudian bantu! Cara abang polis selamatkan anjing jatuh longkang buat ramai tersentuh

"Saya merupakan pelajar master dalam bidang Pendidikan Matematik di Upsi. Pada masa sama, saya buat kerja sambilan sebagai pemandu Grab.

"Di mana-mana saja saya pergi, kalau jumpa haiwan saya akan bagi makanan. Saya biasanya akan bagi makan kepada anjing, kucing, ikan dan burung.

"Kalau di kawasan Tanjung Malim, anjing-anjing tu dah cam kereta saya. Kalau lalu, pasti mereka akan kejar. Kadang-kadang kalau lalu tanpa bawa makanan, mesti rasa bersalah.

"Saya dah mula bagi makanan kepada haiwan-haiwan ini sejak masuk Upsi pada 2018. Ia bermula dengan kucing saja. Saya dengan kawan baik yang juga bekas staf Upsi sama-sama buat Grab. Pada masa sama, kami sentiasa bawa makanan untuk haiwan jalanan," ujarnya.

farhana4

Farhana (kiri) dan Afiqah (kanan) aktif memberi makanan kepada haiwan jalanan sejak beberapa tahun lalu.

Mera disapa Farhana, dia yang berasal dari Kelantan mengakui agak takut untuk mendekati anjing namun kini sudah terbiasa dengan haiwan berkenaan.

Menurutnya lagi, dia juga menjaga batas-batas sebagai orang Islam biarpun sentiasa bergelumang dengan haiwan itu.

Kalau saya suruh duduk. Mereka akan tunggu saya habis tuang makanan, baru mereka datang.

FARHANA

"Kalau sesiapa baru nak mula berjinak-jinak bagi makan kepada anjing. Jangan cepat takut. Saya awal-awal dulu, hanya letak makanan dan tengok mereka makan dari jauh.

"Lama-kelamaan, anjing-anjing tu dah kenal saya. Mereka automatik akan behave. Walaupun orang Islam tak boleh sentuh anjing, tapi tak salah untuk bagi makan.

"Anjing juga faham kalau kita cakap sesuatu. Misalnya kalau saya suruh duduk. Mereka akan tunggu saya habis tuang makanan, baru mereka datang.

"Bagi saya, saya puas hati tengok mereka makan. Saya pun tak kisah mengenai wang. Makanan mereka lagi mahal dari belanja untuk diri sendiri. Kita tak ada duit pun tak apa, asalkan mereka kenyang.

Video dikongsi Farhana tular di aplikasi TikTok.

Tangkap layar video yang dikongsi Farhana.

"Sedih kalau tak bagi makan. Sepanjang buat Grab, ramai juga penumpang saya bagi sumbangan," ujarnya yang dijangka menamatkan pengajian pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Farhana juga tidak sangka video dia memberi makanan kepada haiwan akan menarik perhatian netizen.

Ujarnya, dia mahu memberi kesedaran kepada orang ramai agar tidak takut untuk mendekati dan membantu haiwan-haiwan jalanan yang terbiar kepalaran.

"Saya baru saja sertai TikTok sekitar tiga bulan lepas. Bila saya kongsi video, saya cuma nak bagi kesedaran kepada orang ramai.

fargana1

Farhana akui tak kisah berhabis wang demi haiwan jalanan.

"Biasanya orang takut anjing dan beri makan kepada kucing terbiar saja. Saya gembira apabila penonton video-video saya cerita bahawa mereka pun dah mula cuba-cuba bagi makanan kepada anjing jalanan," ujar Farhana lagi.

Video-video Farhana turut mencuri perhatian kerana dia memberi nama gelaran seperti Tam, Koko, Coffee dan sebagainya kepada anjing-anjing yang diberi makan.

Pesan Farhana, berbuat baiklah kepada haiwan kerana dia percaya pasti besar ganjaran yang dijanjikan oleh Allah di kemudian hari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain