suria

Pujuk dulu, kemudian bantu! Cara abang polis selamatkan anjing jatuh longkang buat ramai tersentuh

Rakaman melibatkan anggota PDRM itu menjadi tular pada Khamis. (Kredit Facebook PDRM)

DALAM kegelisahan masyarakat berdepan wabak Covid-19, mereka turut disajikan dengan banyak paparan yang menyentuh hati di media sosial.

Jika pada Rabu tular video anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memakaikan topeng wajah untuk seorang wanita kelainan upaya (OKU), kemudian muncul satu lagi video melibatkan petugas barisan hadapan yang mencuri perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah jalan ke surau, Johnny teman” - 2 tahun depan pagar, anjing ratapi pemergian penjaganya... terima kasih tuan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mampu tolong, lelaki berkaki palsu rakam kawan OKU berkerusi roda selamatkan kucing jatuh parit

Dikongsi menerusi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), ia memaparkan aksi Koperal/Sokongan Mohd Azad menyelamatkan seekor anjing yang terperangkap di dalam longkang.

Dalam rakaman sama, anak anjing berkenaan bersatu semula dengan dua ekor anjing lain selepas ia berjaya dikeluarkan.

"Syukur, saya berjaya jumpa keluarga semula selepas diselamatkan oleh abang frontliner! Mungkinkah itu di antara dialog yang diucapkan oleh anak anjing ini.

Komitmen PDRM dalam berkhidmat untuk masyarakat wajar menerima pujian. (Gambar Hiasan)

"Ingatlah bahawa, orang yang menyayangi sesama makhluk itu akan sentiasa didoakan oleh makhluk-makhluk Tuhan lain yang berada di langit dan di bumi," tulis pengendali Facebook rasmi itu.

Dalam posting sama, pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor itu turut dipuji atas usaha murninya menyelamatkan haiwan berkenaan.

Kejadian berlaku sewaktu anggota itu membuat rondaan Op-Covid-19, pagi Khamis.

Anggota-anggota PDRM bukan setakat orang je depa tolong, binatang pun depa prihatin. Jasamu tetap dikenang.

PELAYAR FACEBOOK

"Semoga sikap yang ditunjukkan dapat menjadi tauladan yang baik kepada kita semua," tulis pengendali Facebook PDRM.

Menerima hampir 20,000 tontonan dalam tempoh kurang setengah jam setelah ia dimuatnaik, netizen turut membanjiri posting itu dengan kata-kata pujian.

"Salute! Anjing juga makhluk Allah. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik Tuan!

Paparan skrin rakaman tular itu.

"Terima kasih PDRM... sedia membantu siapa sahaja.

"Tahniah dan tabik kepada abam polis.

"Anggota-anggota PDRM bukan setakat orang je depa tolong, binatang pun depa prihatin. Jasamu tetap dikenang," tulis beberapa netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Mohd Azad, PDRM, selamatkan haiwan, anjing

Artikel Lain