DALAM suasana ekonomi yang tidak menentu ketika ini, ramai mula berkira-kira dalam perbelanjaan harian mereka.Tetapi ada juga segelintir cuba mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain sehingga menimbulkan perasaan kurang senang semata-mata untuk berjimat. Menurut seorang gadis, dia dalam dilema apabila rakannya hanya membayar RM10 sebagai duit minyak walaupun menumpang keretanya hampir setiap hari."Kawan tumpang setiap hari untuk internship. Jarak kami ke tempat kerja pergi balik dalam 48 kilometer. Kami kerja lima hari seminggu.Harga minyak yang tidak menentu menyebabkan ramai individu mula berjimat dalam perbelanjaan harian. -Gambar hiasan"Sesuai ke dia bagi saya seminggu duit minyak RM10 sahaja? Kereta saya kapasiti enjin 1.3 liter, memang 'makan' minyak. Saya ingat nak minta split separuh-separuh."Bukannya saya tak minta tapi tak sempat. Tahu-tahu dia transfer RM10 je. Tak sempat saya nak beritahu berapa harga minyak yang saya isi," luah gadis itu.Menurutnya lagi, dia tidak sampai hati untuk mempertikaikan nilai dibayar rakannya kerana bimbang dilabel kedekut atau berkira.Seorang gadis luah tentang rakannya yang menumpang keretanya.Dia kesal kerana rakannya hanya bayar duit minyak RM10 sahaja.Rakannya tumpang lima hari seminggu untuk perjalanan 48km.Netizen beri nasihat supaya dia minta bayaran yang lebih tinggi.Ringkasan ini dijana oleh AI"Susah orang tak ada common sense ni. Padahal hari-hari borak tentang harga minyak yang mahal. Kami rakan serumah."Kita pula jenis tak reti nak meminta, nanti orang kata berkira pula," luah pelajar itu lagi.Hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads itu turut mengundang pelbagai komen netizen.ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tinggal dia dekat Batu Caves!” - Pemuda penat memandu dari Kelantan ke Gombak hilang sabar, kawan menumpang berlagak bosARTIKEL BERKAITAN: Menyampah tumpangkan pasangan baru kahwin... Tidur dalam kereta pun nak berpangku - “Borak macam tengah stim, bodoh!”"Suruh dia semak harga di aplikasi Grab, tengok berapa harga seminggu yang dia kena bayar. Cukup tak RM10?"Awak kena tegas supaya dia sedar realiti. Kalau tak, suruh dia cari opsyen lain. RM10 seminggu tak cukup."Manusia ni bukan tak ada common sense, tapi lebih kepada nak ambil kesempatan," tulis netizen.