suria

Menyampah tumpangkan pasangan baru kahwin... Tidur dalam kereta pun nak berpangku - “Borak macam tengah stim, bodoh!”

Adab menumpang kereta orang merangkumi sikap hormat dan bertimbang rasa. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa tidak selesa apabila kebaikan dia dan suami menumpangkan dua rakan mereka yang baru berkahwin untuk menempuh perjalanan jauh bertukar menjadi pengalaman menjengkelkan.

Menurut wanita itu, suaminya terbuka hati untuk menumpangkan pasangan terbabit kerana mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri memandangkan perjalanan pergi dan balik mengambil masa kira-kira lima hingga enam jam.

Bagaimanapun sepanjang perjalanan, pasangan berkenaan didakwa tidak menjaga adab sebagai penumpang.

Kemesraan suami isteri adalah bersifat peribadi dan tidak wajar ditunjukkan kepada umum. -Gambar hiasan AIKemesraan suami isteri adalah bersifat peribadi dan tidak wajar ditunjukkan kepada umum. -Gambar hiasan AI

"Paling annoying apabila sepanjang jalan mereka mengganggu mata dan telinga aku dengan drama-drama yang tak payah rasanya tunjuk dekat orang lain.

"Tidur pun nak bersandar kat bahu, berpangku. Gaya berborak macam orang tengah stim... memang macam bodoh," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin buntu bapa jemput 'sekampung' ke majlis nikah tapi enggan sumbang 'dana', rancangan awal cuma 150 pax

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita meluat tengok adat ‘tol’ orang Johor, anggap jatuhkan air muka pengantin lelaki... Siap buka sampul, minta tambah duit!

Tambah pengadu lagi, sebagai penumpang mereka sepatutnya menjaga adab dan tidak berlebih-lebihan menunjukkan kasih sayang terhadap pasangan.

"Kau tengah tumpang kereta orang, jadi adab tu kena bawa sekali. Kalau naik kereta sendiri kau buat apa sekali pun tiada siapa yang nak kisah," luahnya.

Selain itu, isteri kepada rakan suaminya juga dikatakan sering membuat panggilan telefon sepanjang perjalanan dengan nada suara yang terlalu kuat.

  • Wanita rasa menyampah tumpangkan pasangan baru kahwin yang kurang adab.
  • Pasangan tidur berpangku dan borak macam orang tengah stim sepanjang perjalanan.
  • Isteri rakan suami call kuat dan gelak berlebihan, ganggu suasana kereta.
  • Wanita terpaksa memangku anak tiga tahun, tetap rasa tidak selesa.
  • Ini kali pertama dan terakhir menumpangkan mereka kerana adab tidak dijaga.

"Sepanjang jalan ada ada je dia nak call mak, makcik, anak buah... kemudian gelak macam perempuan gatal.

"Sangat mengganggu, dalam kereta tu selain suara radio, dengar suara dia saje la sepanjang perjalanan," katanya. 

Situasi menjadi lebih mencabar apabila wanita itu terpaksa duduk di tempat duduk penumpang sambil memangku anaknya yang berusia tiga tahun.

Walaupun sudah meminta rakan suaminya duduk di bahagian hadapan bagi mengurangkan rasa tidak selesa, tingkah laku berlebihan itu tetap berterusan.

"Orang lain pun pernah kahwin juga tapi tidak la merenyam sampai perangai dalam bilik pun nak tunjuk kat orang.

"Suaminya biasa saja, tapi isterinya terlalu berlebihan. Jadi ini kali pertama dan terakhir tumpangkan mereka," katanya.

Artikel Lain