suria

Bakal pengantin buntu bapa jemput 'sekampung' ke majlis nikah tapi enggan sumbang 'dana', rancangan awal cuma 150 pax

Seorang bapa sepatutnya lebih memahami situasi kewangan anak. -Gambar hiasan AI

DALAM kehidupan, tidak semua perkara yang dirancang akan berjalan lancar disebabkan banyak faktor.

Situasi seperti inilah dialami seorang bakal pengantin yang berdepan tekanan menjelang hari bahagianya apabila perancangan awal untuk mengadakan kenduri kecil kecilan sempena akad nikah diubah oleh bapanya.

Menurut wanita itu, pada peringkat awal keluarga telah bersetuju untuk mengadakan majlis secara sederhana dengan menjemput sekitar 150 tetamu dan tempahan makanan sudah dibuat.

"Keluarga saya pada asalnya sudah bersetuju nak buat kenduri dengan mengadakan doa selamat saja sempena majlis akad nikah.

Bakal pengantin biasanya mempunyai impian untuk mengadakan majlis kahwin mengikut kehendak sendiri. -Gambar hiasan AI

"Saya pun buat tempahan katering untuk 150 tetamu berdasarkan jumlah tersebut," ujarnya menceritakan situasi dialami, di Thread.

Namun dia buntu apabila bapa mula menyuarakan rasa tidak puas hati kerana berpandangan jumlah itu terlalu sedikit, justeru dila mengajak lebih ramai tetamu.

Disebabkan tindakan bapa, jumlah jemputan kini semakin bertambah sehingga mencecah 500 orang, jauh berbeza daripada perancangan asal.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir kenduri belah perempuan, famili pengantin lelaki jemput 100 tetamu sendiri... 'Rembat' duit salam kaut!

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu kenduri geram sikap tak peduli mak ayah, biar anak makan bersepah dalam dewan kahwin - “Kau tinggal ‘tahi’ macam tu je!”

"Ayah saya marah, katanya apa kata orang kampung kalau tak ajak mereka semua sekali. Sekarang dah jadi hampir 500 tetamu jemputan. 

"Saya ingatkan ayah untuk berhenti daripada ajak orang, sedangkan dari hari pertama buat tempahan katering sudah cakap hanya untuk 150 jemputan.

"Sekarang ayah serahkan semua urusan kepada saya, dia cakap kamu uruskanlah sendiri, aku malas pening," cerita wanita itu lagi mengenai sikap lepas tangan bapanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memahami situasi tersebut kerana ia sering berlaku dalam keluarga yang mahu mengadakan majlis perkahwinan.

  • Kenduri kecil bertukar besar kerana bapa tambah jemputan.
  • Katering ditempah untuk 150 orang, jemputan jadi hampir 500.
  • Anak sudah ingatkan bapa, tetapi tidak diendahkan.
  • Bapa lepas tangan, suruh anak urus sendiri.
  • Netizen nasihat sabar dan minta ibu bapa bantu kos katering.

Menjawab salah satu komen netizen yang menyarankan supaya bapanya membiayai sedikit kos katering, wanita ini menggambarkan ia adalah sesuatu yang mustahil.

"Lambat lagi. Dia (bapa) tu kedekut," katanya.

Tak kurang juga yang memintanya supaya bersabar berdepan kerenah ibu bapa dan bertawakal kepada Allah.

"Biasalah dik, bila melibatkan kenduri ni. Kadang awal tu cakap lain, akhirnya cakap lain. Sabar sajalah dik. Nak kenduri kahwin ni ibarat tarik rambut dalam tepung.

"Semua kena hati-hati Insya-Allah, Allah akan permudahkan urusan orang nak mendirikan masjid. Sabar dan nikmati momen ni.

"Kalau mak ayah yang jemput tetamu, dia kena bantu duit katering. Tak boleh anak nak keluarkan semua duit, melainkan anak tu banyak duit," komen beberapa netizen.

Artikel Lain