SUAMI isteri berdepan pelbagai cabaran dalam menguruskan serta membesarkan anak-anak yang masih kecil.Di Thread, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisah suaminya yang nyaris meninggalkan anak mereka sendirian di dalam kereta. "Suami saya pernah hampir lupa nak hantar anak ke rumah pengasuh. Carseat di belakang. Masa tu anak kami berumur baru setahun lebih.Bayi biasanya akan diletakkan di kerusi belakang kereta untuk tujuan keselamatan. -Gambar hiasan AI"Macam mana dia boleh tersedar? Sikit je dia (bayi) bersuara bunyi 'nyey' macam tu. Terus suami tersentak. Kemudian dia u-turn ke rumah pengasuh," kongsinya.Menurut wanita itu, orang ramai juga tidak wajar menghakimi mana-mana ibu bapa yang terlibat kes tertinggal anak di dalam kereta."Kesimpulannya, jika Allah berkehendak, maka jadilah. Jadi berhenti judge orang. Jangan disebabkan Allah tak uji kamu, maka kamu jadi sombong," pesannya lagi.Wanita dedah suaminya hampir terlupa anak yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta.Suaminya hanya tersedar selepas mendengar anaknya yang tiba-tiba bersuara.Dia bersyukur kerana tiada apa-apa perkara buruk menimpa anaknya.Ramai ibu bapa kongsi mereka juga pernah berdepan situasi hampir sama.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, beberapa individu berkata mereka juga pernah hampir tertinggal anak di dalam kereta, namun sempat menyedarinya sebelum terlambat."Ia berlaku kepada saya minggu lepas. Tiba-tiba je dengar suara berdengkur. Ya Allah, anak aku kat belakang. "Saya pun pernah terlupa nak hantar anak ke rumah pengasuh. Apabila tersedar, rasa macam nak tercabut jantung."Saya pun pernah terlupa anak kat belakang sampailah dia berbunyi. Masa tu rasa syukur sangat," tulis beberapa individu.ARTIKEL BERKAITAN: Lupa hantar ke rumah pengasuh, anak umur 2 tahun meninggal dunia dalam kereta… Ibu sedar lepas 9 jamARTIKEL BERKAITAN: Ibu tinggal bayi tidur sendirian dalam kereta ditahan... Selamba pergi beli-belah selama 25 minitTambah netizen lagi, tiada ibu bapa yang waras mahu perkara itu berlaku ke atas anak masing-masing.Pada 27 Januari lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan di dalam sebuah kereta di Jalan Tunku Hassan, Seremban, Negeri Sembilan pada Selasa.Siasatan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta jenis Proton Saga selepas dipercayai ditinggalkan ibunya yang terlupa menghantarnya ke rumah pengasuh sekitar pukul 8 pagi.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kejadian itu hanya disedari ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 35 tahun pada pukul 5 petang selepas tamat waktu bekerja.