SAMA seperti guru, kerjaya sebagai pensyarah turut dipandang mulia oleh masyarakat kerana peranan dan sumbangannya dalam melahirkan generasi berilmu.Namun lain pula kisahnya dengan seorang wanita di aplikasi Thread apabila berkongsi mengenai bekas pensyarahnya yang didakwa bermulut celupar sehingga menyebabkan dia berkecil hati. "Teringat masa zaman degree dulu, ada seorang pensyarah perempuan ni, dia berpangkat profesor. Dia panggil saya datang ke depan.Aktiviti pembelajaran sepatutnya berlangsung dalam suasana penuh harmoni. -Gambar hiasan AI"Dia kata saya ni muka baik. Dia juga kata orang muka baik ni perangai tak elok. Dia beri contoh, bekas pelajar dia muka baik tapi mengandung luar nikah."Saya fikir, tak kan la sebab seorang perangai macam tu, semua yang muka baik dilabel sama juga. Satu kelas tengok saya, rasa sedih pun ada," imbasnya.Menurut pemilik hantaran itu, kejadian berkenaan berlaku kira-kira 11 tahun lalu, namun ia masih segar di ingatannya.Seorang wanita tular selepas berkongsi kisahnya ketika zaman belajar 11 tahun lepas.Dalam hantaran di Thread, dia mendakwa pernah dihina oleh seorang pensyarah.Dia mendakwa pensyarah itu menyamakannya dengan seorang pelajar yang pernah hamil anak luar nikah.Netizen di ruangan komen berkata mereka juga pernah berdepan situasi sama ketika di universiti.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kita tak buat perkara bukan-bukan macam orang berkenaan, tapi apabila dia cakap macam tu, entah-entah ada orang lain fikir saya begitu."Patut ke dia panggil saya ke depan semata-mata nak cakap macam tu? Pelajar yang dia cakap tu pun saya tak kenal," luahnya lagi.Menjengah ke ruangan komen, ramai pelayar Thread menyelar sikap pensyarah itu yang boleh membunuh semangat pelajar.ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah bongkar taktik Gen Z meniru dalam peperiksaan... Selit telefon celah paha, nak cuba nasib buka ChatGPTARTIKEL BERKAITAN: Malu seumur hidup! Gadis sangka pensyarah tenung sebab ‘minat’... Rupanya tahi hidung keluar-masuk ikut nafasMalah, netizen turut memberi nasihat kepada mana-mana pelajar yang berdepan situasi sama agar tidak takut untuk membuat laporan kepada pihak universiti."Sebenarnya kes macam ni boleh lapor kepada dekan atau timbalan naib canselor. Saksi pun ramai, ada satu dewan kuliah."Ni universiti mana? Zaman saya degree dulu pun ada pensyarah perempuan pangkat profesor yang mulut tak ada insuran," tulis netizen.