Meniru dalam peperiksaan mengundang padah kerana ia adalah salah laku akademik yang serius. -Gambar hiasan
PENGGUNAAN kecerdasan buatan (AI) semakin meluas, namun penyalahgunaannya berpotensi membawa kesan buruk kepada masyarakat.Di Thread, seorang pensyarah lelaki mendedahkan wujud segelintir pelajar yang menggunakan AI untuk menipu dalam peperiksaan. "Sebagai pensyarah, sebenarnya aku agak kecewa apabila tengok pelajar-pelajar sendiri 'menoyol' dalam peperiksaan.AI boleh membantu kehidupan seharian jika digunakan dengan betul. -Gambar hiasan AI"Lebih mengecewakan apabila cara 'menyoyol' tu sama je tekniknya. Letak telefon celah paha, kemudian buka ChatGPT. "Anda semua memang tak ada cara lain ke? Kreatif la sikit. Letak side notes dekat dalam baju lengan panjang ke," tulisnya.Menurut pensyarah itu, pelajar terlibat juga akan dikenakan tindakan jika mereka terbukti meniru dalam peperiksaan.Pensyarah dedah pelajar kantoi meniru guna ChatGPT.Pelajar letak telefon di celah paha ketika peperiksaan.Pensyarah kata pelajar terlibat akan dikenakan tindakan.Netizen turut kongsi cara pelajar lain meniru.Ringkasan ini dijana oleh AI"Mengikut prosedur operasi standard (SOP), sepatutnya nama dia akan dibawa ke bahagian peperiksaan, mereka akan semak untuk tindakan selanjutnya."Jika nampak, just record nama dan ID kad matrik pelajar tu. Kemudian biarkan dia jawab sampai habis. Tapi markah dia akan deduct atau kosong," kongsinya lagi.Hantaran berkenaan meraih perhatian ramai sehingga ia turut dihujani pelbagai komen netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Patut la karangan bahasa Inggeris ‘power’ semacam, rupanya guna ChatGPT - “Mak ayah cakap asalkan kerja sekolah siap”ARTIKEL BERKAITAN: ChatGPT boleh jadi penasihat kewangan tahap ‘expert’, tak perlu lagi susah payah guna Excel"Dulu-dulu lagi kreatif. Selit dekat pen, tulis dekat pemadam, botol air dan kolar baju."Dulu lekatkan nota dekat tudung, tinggal nota dalam tandas, tulis dekat lengan dan macam-macam lagi."Saya ada rakan suka meniru pakai ChatGPT dan slides. Lepas tu bangga markah dia tinggi," tulis netizen.