suria

Lima tahun isteri jadi ‘provider’ keluarga, lelaki 40-an rasa diri tak berguna... Malu tengok pencapaian orang sekeling

Setiap individu mempunyai impian dan azam yang ingin dicapai. -Gambar hiasan AI

SETIAP kali melangkah ke tahun baharu, pasti ramai yang memasang azam dan impian yang ingin dicapai.

Namun bagi seorang lelaki yang kini mencecah usia 40-an, kedatangan tahun 2026 hanya membawa rasa hiba dan rendah diri yang amat mendalam.

Mana tidaknya, di saat rakan sebaya dan ahli keluarga lain mengecapi kejayaan demi kejayaan, dia pula masih bergelut mencari arah tuju selepas kehilangan pekerjaan enam tahun lalu.

Setiap individu mengimpikan pendapatan bulanan yang tinggi. -Gambar hiasan

Setiap individu mengimpikan pendapatan bulanan yang tinggi. -Gambar hiasan

"Masuk tahun 2026 ni, tengok pencapaian kawan-kawan lain dan ipar duai... rasa diri tak berguna je.

"Berhenti kerja sejak 2020, kemudian bermacam kerja saya buat tapi satu pun tak berhasil," luahnya di Thread.

Lebih memilukan, dia mengakui rasa bersalah terhadap isteri dan anak-anak kerana menganggap dirinya sebagai beban keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur masuk 40 gaji bawah 5K, staf ‘gomen’ kesal dulu tak ‘lompat’ kerja... Seronok lihat kawan-kawan swasta ‘masyuk’

ARTIKEL BERKAITAN: Calon umur 40-an gagal dapat kerja walau dipuji masa 'interview'... HR anggap dah tua, risau ada penyakit

Tambahan pula, sepanjang tempoh tersebut isterinya terpaksa memikul tanggungjawab sebagai penyara utama keluarga demi kelangsungan rumah tangga.

"Isteri bekerja dan dia yang banyak support selama ini, kesian dia dan anak-anak.

  • Lelaki 40-an tertekan melihat kejayaan rakan dan ipar duai pada tahun 2026.
  • Sejak berhenti kerja pada 2020, pelbagai usaha dilakukan namun semuanya tidak berhasil.
  • Berasa bersalah kerana isteri terpaksa menjadi penyara utama dan dia merasa diri sebagai beban.
  • Walaupun tidak bekerja, dia memainkan peranan menguruskan anak-anak dan hal ehwal rumah.
  • Orang ramai menasihatinya agar berhenti membandingkan diri dengan orang lain dan terus berusaha.

"Kesian juga pada ibu bapa saya kerana ada anak macam saya yang tiada simpanan atau apa sahaja kemahiran," adunya yang seolah-olah hilang keyakinan diri.

Meskipun gagal menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, namun lelaki ini mengakui dia masih menguruskan hal ehwal anak-anaknya dan rumah tangga.

Warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.

Warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.

Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya memberi kata-kata semangat untuk dia meningkatkan kualiti hidup.

"Jangan sedih bro, saya berhenti guru tahun 2022 dan buat bisnes dengan pendapatan lima angka tapi takdir Allah bisnes tak menjadi pula.

"Jangan bandingkan diri kau dengan orang lain, ini punca kau jadi lembik dan tak bersemangat.

"Teruskan melangkah, selalu bersyukur dan berharap pada Allah," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain