Ajakan ke majlis ilmu sememangnya murni namun perlu disampaikan dengan penuh hikmah. -Gambar hiasan AI
AJAKAN untuk menghadiri majlis ilmu sememangnya mulia, tetapi ia bukan alasan untuk memaksa orang lain terutama apabila masing-masing mempunyai kekangan yang tidak dapat dielakkan.Demikian kisah yang dikongsikan seorang wanita mengenai situasi dialaminya, apabila kerap diajak ke majlis ilmu oleh kakak ipar sehingga membuatkan dia berasa rimas. Menurut wanita berkenaan, dia terpaksa menolak ajakan tersebut memandangkan mempunyai kekangan waktu dek tuntutan tugas.Bekerja mencari rezeki dan menunaikan amanah dengan baik juga termasuk dalam ibadah yang dituntut. -Gambar hiasan AI"Aku dah beritahu awal-awal tak dapat pergi sebab kerja. Minggu ni staf ramai cuti jadi aku kena cover. Kemudian dia suruh ambil cuti atau tukar syif... aku tak boleh sebab aku sendiri pun cover staf."Selang seminggu ajak lagi, aku cakap tak boleh. Dia suruh ambil cuti kecemasan (EL). Aku cakap tak boleh. Tak ada sebab munasabah untuk ambil EL," tulisnya dalam hantaran di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Ipar suka 'stalk' media sosial, adu domba... Wanita tertekan sikap toksik keluarga mentuaARTIKEL BERKAITAN: Wanita doa adik ipar perempuan segera pindah, tak tahan tinggal serumah! Rasa terbeban kena masak, jaga makan minumMenurut wanita itu, biarpun sudah beberapa kali ajakan berkenaan ditolak dengan baik, namun kakak iparnya seakan-akan 'menekan' selagi dia tidak menuruti hasrat tersebut."Beberapa hari lepas tanya lagi, masa ni aku macam dah hilang sabar. Aku balas baik-baik."Aku cakap... company saya tak boleh suka-suka cuti. Ini company penjagaan kesihatan. Kami kurang staf, cuti perlu minta sebulan sebelum, tak boleh tukar syif. EL hanya untuk kecemasan. "Dia balas... okey faham. Jadi aku pun okey la. Tiba-tiba hari ini tanya lagi. Ya Allah.... kemudian paksa suami aku pula pergi," ujarnya.Seorang wanita rimas kerana sering diajak kakak ipar ke majlis ilmu walaupun sudah menolak beberapa kali.Dia terpaksa menolak kerana kekangan kerja dan tidak boleh cuti sesuka hati.Kakak iparnya tetap mendesak dan turut memaksa suaminya hadir.Dia berpendapat kakak iparnya wajar menghormati masa dan komitmen orang lain.Netizen menyokong wanita itu dan menekankan urusan kerja adalah amanah.Ringkasan ini dijana oleh AIBercerita lebih lanjut, wanita itu berkata, suaminya juga tidak dapat menuruti ajakan kakaknya itu kerana kesuntukan waktu selain keadaan cuaca yang tidak mengizinkan lebih-lebih lagi hanya menaiki motosikal."Dia (kakak ipar) cakap, naiklah Grab. Iya, faham ini majlis ilmu. Tapi janganlah macam ni. "Dia tu work form home, bolehlah nak urus masa ikut waktu sendiri. Tapi janganlah paksa orang lain pun ikut masa awak. Belajar hormati orang. Sebahagian daripada komen netizen."Paling tak boleh brain tu, lepas suami bertegas dengan dia, dia posted ungkapan 'bahagianya dia jika berjaya ajak kawan-kawan datang ke majlis ilmu'," tulisnya lagi.Perkongsiannya mengundang reaksi bercampur daripada netizen, namun rata-ratanya menyokong tindakan wanita berkenaan kerana urusan kerja lebih penting memandangkan ia adalah amanah."Mungkin dia lupa keutamaan bekerja tu adalah satu amanah."Kakak ipar tu dah macam ikut nafsu dia. Macam riak pun ada dah," demikian antara komen netizen.