suria

“Aku haramkan bagi benda murah!” - Wanita tak mahu hadiah kahwin kategori ‘awam’, pandang rendah periuk nasi atau ‘blender’

Pemberian hadiah kepada pengantin bertujuan menyampaikan ucapan tahniah dan berkongsi kegembiraan mereka di hari bahagia. -Gambar hiasan AI

PEMBERIAN hadiah ketika majlis perkahwinan sudah dianggap sebagai satu tradisi, sama seperti amalan 'salam kaut'.

Lazimnya hadiah diberikan oleh rakan-rakan terdekat, saudara-mara serta kenalan kepada mempelai, bertujuan untuk membantu meringankan keperluan awal kehidupan berumah tangga di samping sebagai tanda ingatan buat pasangan berkenaan.

Bagaimanapun, satu perkongsian di Threads mencetuskan perdebatan apabila seorang individu meluahkan pandangan jujurnya mengenai jenis hadiah perkahwinan yang diberi kepada pengantin.

Individu berkenaan mempersoalkan kewajaran pemberian barangan keperluan rumah terutamanya perkakas elekrik sebagai hadiah perkahwinan, yang menurutnya tidak lagi sesuai dengan peredaran zaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita meluat tengok adat ‘tol’ orang Johor, anggap jatuhkan air muka pengantin lelaki... Siap buka sampul, minta tambah duit!

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia ‘pecah’ lepas 5 tahun kahwin! Rupanya famili mentua ‘rembat’ 15K duit hantaran - “Kantoi busuk macam tu je”

"Normal ke guys hadiah kahwin kita masih dapat periuk nasi, blender, water heater atau besen?

"Sangat murah dan miskin okey," tulisnya. 

Selain hadiah, salam kaut juga merupakan tradisi majlis perkahwinan Melayu. -Gambar hiasan

Baginya, adalah lebih baik sekiranya tetamu tidak memberikan sebarang hadiah sekiranya tidak berkemampuan.

Tambah individu tersebut, sudah tiba masanya orang ramai mempunyai kesedaran untuk memberi barangan yang menepati standard sebagai hadiah perkahwinan. 

"Kalau aku la, aku haramkan kawan-kawan bagi benda murahan macam tu. Kalau tiada duit, tak payah bagi pun tak apa.

"Dah 2026 ni, kita kena la letak standard... hadiah-hadiah macam tu pergi buat cabutan bertuah atau merewang okey la," tulisnya lagi.

  • Seorang individu meluahkan pandangan mengenai hadiah kahwin yang dianggapnya tidak lagi relevan.

  • Dia mempersoalkan pemberian barangan seperti perkakas rumah sebagai hadiah perkahwinan.

  • Ujarnya tetamu tidak perlu memberi hadiah jika tidak berkemampuan.

  • Dia berpendapat sudah tiba masanya menetapkan ‘standard’ bagi hadiah kahwin.

  • Netizen kecam dan tegaskan nilai hadiah terletak pada keikhlasan, bukan harga.

Perkongsiannya mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya tidak bersetuju, selain menyifatkan kenyataan itu sebagai keterlaluan dan tidak sensitif terhadap kemampuan kewangan orang lain.

Sebahagian netizen pula berpandangan bahawa nilai sesuatu hadiah tidak seharusnya diukur daripada segi harga, sebaliknya keikhlasan pemberi lebih utama.

"Siapa la kawan-kawan kau ni. Aku cadangkan kawan kau cari kawan baru.

"Kau siapa nak demand hadiah? Kerabat diraja?

"Benda macam ni la yang berguna masa kau baru nak start hidup awal perkahwinan," demikian komen netizen.

Artikel Lain