suria

Pemuda minta mak ayah fikir sebelum hantar anak ‘lembut’ masuk asrama... Dakwa lebih mudah dibuli, jadi sasaran gangguan seksual

Asrama pelajar menyimpan pelbagai kisah suka duka. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda menyeru ibu bapa tidak menghantar anak lelaki mereka yang berpewatakan lembut ke sekolah berasrama penuh.

Berdasarkan pengalaman sendiri, lelaki ini mendakwa golongan ini lebih mudah dibuli selain menjadi sasaran gangguan seksual yang bakal meninggalkan kesan mendalam terhadap diri anak mereka.

Dia turut menasihati ibu bapa agar lebih peka dengan perwatakan anak lelaki sebelum membuat keputusan menghantar mereka ke sekolah berasrama penuh.

"Kepada mak ayah, kalau rasa anak kelaki anda nampak kacak atau ada ciri-ciri kewanitaan (cantik, gebu, tidak maskulin dan sebagainya).

Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan anak yang tinggal di asrama. -Gambar hiasan

Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan anak yang tinggal di asrama. -Gambar hiasan 

"Percayalah, jangan sesekali masukkan mereka ke asrama. Anggap ini sebagai satu tanda," katanya.

Menceritakan pengalaman peribadi, dia dan beberapa rakan berada dalam kelompok yang sering menjadi mangsa sepanjang berada di asrama.

Namun katanya, salah seorang rakannya melalui pengalaman lebih buruk apabila menjadi mangsa gangguan seksual berulang kali di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

"Dia alami gangguan seksual daripada ramai lelaki, daripada tanpa kerelaan sehingga lama-kelamaan sudah terbiasa dan ini berlaku sejak Tingkatan Satu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tertekan nak duduki peperiksaan, mahasiswa terjun tingkat sembilan bangunan asrama

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu sambilan ‘geram’ tengok pelajar tunggang motosikal Honda, senyap-senyap rembat di asrama

"Ini baru cerita tentang dia. Tidak termasuk cerita kawan-kawan saya yang lain yang turut mengalami perkara sama di asrama sama," katanya.

Lelaki itu berkata, dia sendiri pernah berdepan situasi hampir sama di sekolah, namun tidak seteruk rakan-rakan lain kerana dia tidak menetap di asrama sepenuh masa memandangkan rumahnya berdekatan.

"Namun pada tahun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya masuk asrama sebab nak fokus belajar. Jadi kena juga sekejap jadi mangsa.

"Saya tidak dapat bayangkan jika saya masuk asrama lebih awal," katanya.

  • Lelaki dakwa gangguan seksual berlaku di sekolah berasrama dan beri kesan kepada dirinya serta rakan.
  • Dia nasihat ibu bapa lebih berhati-hati jika anak lelaki nampak lembut atau tidak maskulin.
  • Katanya dia dan rakan-rakan sering menjadi sasaran ketika di asrama.
  • Seorang rakan didakwa jadi mangsa gangguan seksual sejak Tingkatan 1 di SMKA.
  • Perkongsian itu cetus perdebatan netizen tentang peranan asrama dan ibu bapa.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa ada sebahagian ibu bapa menghantar anak-anak mereka yang bermasalah tinggal di asrama sebagai usaha mendisiplinkan mereka.

Namun tanpa disedari, di asrama pelajar-pelajar bermasalah ini lebih berani menunjukkan 'taring' dalam menunjukkan kehebatan diri.

"Asrama dijadikan tempat untuk memperbaiki anak-anak nakal sedangkan fungsi awal seharusnya tempat fokus belajar.

"Elok asrama ini dimansuhkan sahaja. Mak ayah ambil balik peranan mendidik anak. Ini dijadikan asrama macam tempat mak ayah lepas tangan," kata netizen.

Artikel Lain