suria

Lelaki gigih jaja cerita sedih tak bahagia, wanita hampir masuk jerat cinta suami orang... ‘Stalk’ FB isteri bukan main mesra!

Setiap orang perlu berpada-pada ketika bersosial dengan rakan sepejabat. -Gambar hiasan AI

SESETENGAH lelaki akan menggunakan apa sahaja cara bagi 'memancing' wanita disukainya.

Bagi wanita ini, dia hampir terpedaya dengan helah dengan salah seorang rakan sekerjanya yang sering memburukkan isteri sendiri demi mendapatkan perhatian dan simpati daripadanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan pada awalnya mengadu kononnya rumah tangga mereka sudah tidak bahagia malah mendakwa dia dan isteri tidak lagi tinggal sebumbung.

Katanya, lelaki itu bersungguh-sungguh meluahkan masalah rumah tangga sehingga membuatkan dia berasa simpati dan mendengar kisah sedihnya.

Elakkan jadi mangsa penipuan termasuklah rakan di tempat kerja. -Gambar hiasan AI

"Lelaki itu cerita yang dia dengan wife sudah tak okey. Saya pun dengarkan saja. Dia juga ada cakap yang mereka sudah tidak duduk serumah.

"Duduk jauh dan bersungguh cerita fasal bergaduh dengan isteri apa semua," ujarnya memulakan cerita.

Bagaimanapun, perasaan curiga mendorong wanita itu untuk menyiasat sendiri latar belakang lelaki berkenaan sebelum menemui akaun Facebook isteri lelaki tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Segala make up, foundation semua aku bagi!” - Suami kecewa isteri menggatal dengan penganggur, bercinta dalam Mobile Legends

ARTIKEL BERKAITAN: “Ugut cerai pun, esok peluk balik” - Lelaki mengaku isteri pilihan ‘tangkap muat’, kahwin sebab penat kejar cinta wanita lain

Hasil pencarian itu membuatkan dia menyedari lelaki itu sebenarnya hanya cuba mencari alasan mendekati wanita lain dengan memburukkan isteri sendiri.

"Kesian dekat isteri dia jaga anak-anak, yang kau sebagai suami menggatal nak try orang lain. 

"Tolong la eh jadi lelaki jangan guna alasan gaduh dengan isteri demi nak tutup kegatalan kau," kata wanita itu lagi.

  • Suami kantoi tipu status rumah tangga demi pikat wanita lain.
  • Lelaki sanggup burukkan isteri untuk dekati rakan sekerja.
  • Dakwa rumah tangga bermasalah, rupanya masih bahagia dengan isteri.
  • Wanita hampir terpedaya, terbongkar selepas 'stalk' Facebook isteri.
  • Netizen pesan jangan mudah percaya alasan lelaki berstatus suami.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata menasihatkan wanita agar tidak mudah percaya dengan 'permainan' lelaki berstatus suami orang.

"Kita yang perempuan ini pun jangan cepat percaya. Depan cakap gaduh, malam-malam tetap dia peluk isteri.

"Suami orang memang macam tu. Suka burukkan isteri untuk pancing perempuan lain padahal dekat rumah dengan isteri okey je. Jangan mudah percaya.

"Suami orang ni kau jangan la percaya kalau dia cakap isteri bermasalah. Lelaki macam ni sebenarnya dia yang bermasalah," antara komen netizen. 

Artikel Lain