SETIAP pasangan pastinya mengharapkan sebuah perkahwinan yang dibina atas dasar cinta dapat kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.Namun hakikatnya, tidak semua pasangan itu membina mahligai mereka atas dasar cinta sebaliknya dijodohkan atas pilihan keluarga. Seperti kisah seorang lelaki ini, dia memutuskan berkahwin dengan isterinya selepas berputus asa 'mengejar' wanita disukainya.Cerita rakan lelaki tersebut, perkara itu terbongkar selepas dia terkejut melihat caranya melayan isteri seperti seorang ratu dan tidak pernah melakukan perkara serupa.Trauma akan menyebabkan seseorang masih dibelenggu masa silam. -Gambar hiasan"Dia terkejut tengok aku layan isteri aku macam ratu, mana taknya... Ingat senang ke nak dapatkan isteri aku tu?"Ramai perempuan nak aku tapi aku mahu isteri aku je. Jadi aku faham kenapa dia layan isteri dia macam itu," kongsi rakan lelaki tersebut di Threads.Menurut lelaki ini, rakannya itu memutuskan mendirikan rumah tangga selepas semua wanita 'pilihannya' menolak untuk bersamanya.Sebaliknya, hanya isterinya sahaja yang memberi respon positif apabila dia mengajak wanita itu berkahwin.Lelaki dedah rakan kahwin bukan sebab cinta, sekadar tiada pilihan.Rakan ajak kahwin kerana wanita itu sahaja yang melayan.Lebih mengejutkan, dia yakin isteri takkan minta cerai walau tahu perkara sebenar.Individu kongsi nasihat supaya wanita pilih lelaki yang benar-benar sayang.Netizen simpati, anggap perkahwinan tanpa cinta sebagai ‘penjara’ emosi.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia cakap yang dia try orang lain tapi semua tak layan dan masa itu dia saja kacau-kacau."Tak sangka pula dilayan, jadi dia terus ajak kahwin... tak dapat bayangkan perasaan isteri dia kalau tahu fasal ni," ujarnya lagi.Apa lebih mengejutkan, rakannya bukan sahaja menunjukkan reaksi tidak bersalah malah tidak kisah jika perkara tersebut diketahui isteri.Malah, dia juga yakin isterinya itu tidak akan menuntut cerai malah akan kembali berbaik jika dipujuk.ARTIKEL BERKAITAN: Suami sibuk 'bela' skandal, 12 tahun kahwin isteri tak pernah dapat duit raya! Terlambat, lepas cerai baru nak hulurARTIKEL BERKAITAN: Isteri letih sara keluarga, tiba masa hidup sendiri... Anggap suami biawak hidup dah mati - “Insurans dia aku tak bayar”"Dia cakap tak kisah kalau isteri dia tahu, sebab bukannya isteri dia nak minta cerai. Ugut-ugut pun, esok tu peluk-peluk balik," tambahnya menceritakan kembali perbualan bersama rakannya itu.Jelasnya, dia berkongsi kisah rakannya itu dengan harapan dapat membuka golongan wanita agar lebih berhati-hati ketika memilih pasangan hidup."Kahwinlah dengan lelaki yang lagi sayang korang berbanding korang sayang dia. Lelaki boleh dan senang berubah untuk orang yang dia sayang sebab akulah orang itu."Jangan kahwin dengan orang yang buatkan korang jadi pilihan terakhir tapi dia pilih sebab terlampau banyak pilihan dan hanya mahukan kau," ujarnya memberi nasihat.