suria

Suami ‘fetish’ tengok isteri berak, sanggup tahan bau busuk... Wanita trauma siap kena cebok sekali!

Isteri mungkin rimas jika suami menunjukkan sikap romantis yang berlebih-lebihan. -Gambar hiasan AI

TIDAK semua perkara tentang pasangan kita dapat kenali sebelum berkahwin, sebaliknya ia hanya terbongkar selepas menjalani kehidupan bersama.

Menurut seorang wanita, dia kini berada dalam dilema apabila baru mengetahui tentang perangai pelik suaminya selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Dakwanya, suaminya itu suka melihat dia sedang membuang air besar dan lebih parah bertegas mahu mencuci untuknya.

Proses membuang air besar sepatutnya menjadi waktu peribadi yang tidak diganggu oleh individu lain. -Gambar hiasan AI

"Ada tak lelaki yang suka tengok dan basuhkan berak pasangan? Saya dalam keadaan stres sebab suami mula minta macam tu.

"Senang cerita, setiap kali saya berak, dia nak ikut ke tandas. Dia tengok sampai habis dan tolong basuhkan sekali.

"Jujur cakap, saya mula rasa tak selesa. Kadang kita bukan berak biasa, cirit pun dia tengok juga. Segan sebab kadang berak sekali dengan kentut," dakwa wanita itu.

  • Wanita tular selepas kongsi perangai pelik suaminya di media sosial.
  • Suaminya dikatakan suka ikut ke tandas untuk lihat isteri buang air besar.
  • Lelaki itu juga terlebih 'prihatin' apabila sanggup mencuci najis isterinya.
  • Menurut wanita itu, dia menyesal menerima perkahwinan yang diatur keluarga.

Menurut wanita itu lagi, mereka baru dua minggu berkahwin dan lelaki tersebut merupakan pilihan keluarganya.

"Tahu macam ni, memang saya tak terima pilihan keluarga hari tu. Minta pendapat macam mana nak buat dengan hal ini," tulis wanita itu lagi.

Tangkap layar luahan wanita itu tular di platform TikTok serta Threads sehingga ia mengundang pelbagai komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah muak goda suami umur 40-an, buat aksi ghairah pun tiada reaksi - “Dia kata yang halal bosan!”

ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri!

Malah menganggap fetish dialami suami wanita itu sebagai gangguan mental yang perlu dirawat segera. 

"Kalau tak dirawat, boleh jadi makin teruk sehingga makan najis. Suruh dia kerja rumah orang tua, cebok berak orang tua yang dah uzur tu.

"Fetish la tu. Bila tengok orang berak, dia rasa puas," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain