HUBUNGAN intim menjadi salah satu faktor penting dalam membina rumah tangga yang bahagia dan harmoni.Namun, seorang wanita di Threads mendakwa sering diabaikan suaminya walaupun sudah melakukan pelbagai usaha menggodanya. "Aku dah cuba macam-macam cara sejak awal perkahwinan. Semua baju seksi aku dah beli, aku mulakan aksi-aksi intim, tapi suami kata yang halal bosan.Suami isteri perlu berkomunikasi agar masalah yang berlaku dapat diselesaikan segera. -Gambar hiasan AI"Dia dah berumur 40-an, aku pula baru masuk 30-an. Perkahwinan kami baru berusia dua tahun dan kami baru ada seorang cahaya mata," tulis wanita itu.Menurutnya, dia juga buntu kerana suaminya gemar menonton video lucah secara sembunyi."Suami kantoi tengok porno dekat telefon. Masa awal kahwin pun aku jumpa dia simpan banyak gambar perempuan seksi. Sampai sekarang suami sorok telefon dan password. Wanita kongsi luahan di Thread mendakwa suaminya gemar menonton video lucah.Dia mendakwa suaminya juga gagal memberi nafkah batin.Wanita itu berusaha untuk memikat suaminya, namun gagalSegelintir netizen beri cadangan agar mereka berpisah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dah cuba tanya, tapi dia kata telefon adalah privasi. Terlalu banyak dia berahsia. Kalau buat keputusan pun jarang bincang dengan aku. Sejujurnya aku terasa," tulis wanita itu.Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberi cadangan kepada wanita itu agar memilih jalan perpisahan sekiranya tidak mahu terus menderita."Tolonglah bercerai. Ramai minta kami perbaiki diri, tapi itu bukan tanggungjawab kamu. Lelaki macam tu memang tak akan berubah.ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap kali bersama, saya rasa jijik!” - Isteri tawar hati suami ketagih porno, hanya mampu berlakon bahagia demi anakARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri! - “Tak sangka siap bagi tubuh”"Percayalah. Lelaki kalau dah tengok benda macam ni, dia tak akan berubah walaupun umur dah 60 tahun nanti. "Saya rasa dia tak akan berubah. Tengok video lucah tu tabiat sejak bujang. Saya pun dah bercerai, sekarang baru lega."Adakah awak nak 'simpan' lelaki yang ketagih video lucah dalam rumah? Awak ada anak tau," tulis netizen.