suria

Padah mencuri duit raya anak buah, lelaki patah 2 jari kena langgar lari! Kakak geram nak lapor polis, mak pula halang

Seorang kakak pasti kecewa apabila mengetahui adiknya melakukan kesalahan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila mendakwa duit raya milik anaknya dicuri oleh darah daging sendiri.

Cerita wanita ini, jumlah duit raya yang dipercayai hilang sebanyak RM500 selepas mengira dan mengasingkan sejumlah wang diterima anaknya.

"Adik aku boleh curi duit raya anak-anak aku, bukan sikit tapi RM500.

"Aku baru tahu duit itu hilang dan memang dia yang curi sebab jenis panjang tangan. Sampul duit raya itu pun ada bawah tilam dia," luahnya di Threads.

Duit raya merupakan tabungan utama kebanyakan kanak-kanak. -Gambar hiasan

Duit raya merupakan tabungan utama kebanyakan kanak-kanak. -Gambar hiasan

Lebih menambah luka, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas membantu adiknya yang cedera mendapatkan rawatan disebabkan terlibat dalam kemalangan langgar lari.

"Aku sampai kampung lewat malam semalam dan aku tahu masa mana yang dia curi duit itu.

"Aku tak sempat jumpa dia pun lagi, tiba-tiba masa tengah hari keesokannya dia balik rumah dengan keadaan kaki berdarah sebab kena langgar lari.

"Jadinya, aku kelam kabut hantar dia ke kecemasan hospital untuk x-ray, dua jarinya patah," tambahnya yang menunggu proses rawatan sehingga adiknya dimasukkan ke wad.

  • Wanita dakwa adik sendiri curi duit raya anak bernilai RM500.
  • Wang hilang disedari selepas sampul raya bawah tilam lesap.
  • Adik kemudian cedera kemalangan langgar lari, dua jari patah.
  • Hasrat buat laporan polis dihalang ibu kerana kasihan.
  • Netizen simpati, nasihat ambil tindakan dan lebih berhati-hati.

Menurut wanita ini, dia sedar duit raya anaknya hilang selepas ingin mengambil sampul raya yang diperoleh.

"Aku ambil sampul raya tu, tengok separuh sampul dah hilang dan duit pun tak ada," adunya lagi.

Mengakui kecewa dengan situasi yang belaku, dia meluahkan keinginan untuk membuat laporan polis.

Namun malangnya, tindakan itu dihalang oleh ibunya berikutan si adik mengalami patah jari.

ARTIKEL BERKAITAN:Abang malas kerja sampai obes! Lepas curi duit bapa RM300,000, pinjam ah long RM20,000 pula - "Ayah aku manjakan sangat"

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu melenting ditanya simpanan duit raya tahun lepas, rupanya dah licin! Remaja kecewa kes pecah amanah wujud dalam rumah

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ramai meluahkan rasa simpati selain menganggap kejadian itu sebagai satu pengajaran terhadap perbuatan mengambil hak orang lain.

"Ketepikan mak akak tu, lapor je polis kalau sayang adik tu.

"Saya ada saudara yang macam ni, jangan sesekali simpan tunai dalam bilik atau beg.

"Dia berani mencuri sebab keluarga tegur dalam media sosial, bukan tegur secara berdepan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain