suria

Ibu melenting ditanya simpanan duit raya tahun lepas, rupanya dah licin! Remaja kecewa kes pecah amanah wujud dalam rumah

Remaja yang masih bersekolah biasanya tetap akan diberi duit raya setiap kali tibanya Syawal. -Gambar hiasan AI

MEREKA yang masih bersekolah pastinya teruja untuk mengutip duit raya setiap kali tibanya sambutan Aidilfitri.

Namun, seorang remaja di Thread meluahkan rasa kesal apabila mendakwa simpanan duit raya miliknya sudah habis digunakan oleh ibunya.

"Sejak raya tahun lepas, saya amanahkan ibu untuk simpan semua duit raya. Saya fikir dia simpan dalam tabung atau bank.

Ibu bapa tak sepatutnya menggunakan duit raya anak. -Gambar hiasan AI

"Saya rancang nak buat beli baju raya tahun ini. Masa saya minta, mak kata mana ada lagi duit tu. Dia dah habiskan untuk beli baju adik-beradik saya.

"Saya tanya kenapa dia guna? Tiba-tiba dia marah saya pula. Dia kata saya berkira dengan adik-beradik sendiri," luah remaja itu.

Menurut remaja itu lagi, kekecewaannya semakin membuak apabila ibunya tidak membelikan baju raya buatnya pada tahun ini.

  • Remaja luah perasaan di Thread mendakwa duit simpanannya habis digunakan oleh ibunya.
  • Menurut remaja itu, wang tersebut dikumpul sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.
  • Dia kecewa ibunya tidak amanah dan jujur, malah rahsia itu hanya terbongkar hampir setahun kemudian.
  • Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan haram bagi ibu bapa menggunakan duit raya anak sewenang-wenangnya.

Tambahnya, dia tidak kisah sekiranya duit itu digunakan untuk adik-beradiknya, namun kecewa kerana ibunya tidak bersikap jujur.

"Saya percayakan dia, sebab dia seorang ibu. Tapi macam ni pula terjadi. Berdosakah kalau ibu guna duit anak tanpa izin macam ni?

"Nanti masa raya mereka je pakai sedondon. Saya lari tema sebab kena pakai baju lama. Saya dah penat lawan dan bertekak dengan ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tegur peruntukan duit raya RM50 untuk ibu bapa banyak sangat... Suruh fikir kos balik kampung, beli kuih raya

ARTIKEL BERKAITAN: Terkedu hadap seorang budak datang rumah kutip duit raya, tolong minta untuk 2 rakan lain - “Dia balik kejap, acik”

"Saya memang tak kisah pasal duit tu kalau dia minta izin. Ini dia guna sampai satu sen pun dia tak bagi dekat saya," tulisnya lagi.

Peringatan

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, haram bagi ibu bapa menggunakan duit raya anak-anak dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja.

Sekiranya ibu bapa sudah menggunakan duit raya anak-anak dalam perkara yang tidak menjadi keperluan, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali.

Artikel Lain