suria

“Perut aku dah berbunyi pedih” - Wanita hamil sedih disindir rakan sekerja, belum sampai tengah hari sudah buka puasa!

Tindakan wanita hamil makan di bulan Ramadan tidak sepatutnya dipertikaikan. -Gambar hiasan AI

MENJALANI ibadah puasa pada bulan Ramadan boleh menjadi pengalaman yang mencabar bagi wanita hamil.

Di Thread, seorang wanita hamil mendedahkan dia disindir rakan sekerjanya gara-gara tidak mampu untuk berpuasa.

Menurut pengadu, dia kecil hati dengan keceluparan rakan sekerjanya itu, apatah lagi kandungannya kini baru sahaja memasuki trimester kedua.

Tak semua wanita hamil mampu untuk berpuasa sepanjang hari. -Gambar hiasan AI

"Hari ini tiba-tiba budak tempat kerja tegur, dia kata banyak hari aku tak puasa. Memang aku terasa. Lepas tu ada seorang lagi kata jenuhlah nak ganti.

"Apabila dengar, aku jadi sedih. Aku dah cuba untuk berpuasa penuh. Tapi sampai tengah hari, perut aku dah berbunyi pedih. Aku risau baby dalam perut.

"Hari-hari aku niat dan berdoa semoga kuat untuk berpuasa penuh," luah wanita itu.

  • Wanita hamil sedih diperli rakan sekerja gara-gara tak puasa.
  • Dia cuba berpuasa, namun mengalami kepedihan dalam perut.
  • Netizen beri nasihat agar wanita itu utamakan kesihatan kandungannya.
  • Netizen turut meminta wanita itu bangkit mempertahankan dirinya.

Menerusi ruangan komen, pelayar Thread memberi nasihat kepada wanita itu agar lebih mengutamakan kesihatan diri serta bayi dalam kandungannya.

Pada masa sama, segelintir netizen turut mempersoalkan sifat 'lembik' wanita itu yang mudah terkesan dengan kata-kata orang.

"Kenapa terasa tapi berdiam diri dan post di Thread? Awak tak boleh pertahankan diri ke? Awak yang biarkan diri dibuli.

ARTIKEL BERKAITAN: Siang hari makan ayam gepuk, siap hirup sup depan PC! Rakan sekerja geram wanita mengandung tak puasa secara terbuka

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah mengandung, wanita beranikan diri pertahan ibu hamil diperlekeh sebab tak puasa

"Bukannya mereka yang kena ganti puasa awak nanti. Lagi awak tunjuk terkesan, lagi sedap mereka mengata," tulis netizen.

Peringatan

Menurut Dr. Amilia Afzan Mohd Jamil, berpuasa secara keseluruhannya dibolehkan dan selamat untuk wanita hamil dan bayi. 

Walau bagaimanapun, ada sebabnya Allah memberikan keringanan untuk ibu hamil daripada berpuasa.

Berpuasa di bulan Ramadan menjadi cabaran buat wanita yang sedang hamil. -Gambar hiasan AI

Perlu diketahui, paras kandungan gula dalam darah wanita hamil ketika berpuasa adalah lebih rendah berbanding wanita yang tidak hamil kerana darah ibu perlu sentiasa membekalkan gula glukos kepada bayi.  

Ini menyebabkan ibu hamil lebih cepat letih dan merasa loya serta muntah-muntah terutamanya di awal usia kehamilan.

Di samping itu, kekurangan air atau dehidrasi juga menambahkan risiko wanita hamil untuk mendapat darah beku (venous thromboembolism) kerana kepekatan darah adalah lebih tinggi semasa hamil.

Dr. Amilia merupakan pensyarah dan Pakar Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.

Artikel Lain