SEORANG wanita meraih perhatian ramai apabila berkongsi kisah mengenai rakan sekerjanya yang tidak berpuasa kerana sedang berbadan dua.Dalam hantaran di Thread, wanita itu mempersoalkan tindakan rakannya yang makan secara terbuka ketika sedang bertugas di pejabat. "Dia duduk meja sebelah aku. Faham je dia mengandung. Tapi dia makan di meja sepanjang masa tau. Sedangkan dia boleh je pergi ke pantri.Wanita yang tidak boleh berpuasa tetap perlu menghormati orang sekeliling. -Gambar hiasan"Dia makan waktu pagi, tengah hari, sebelum balik. Bukannya makanan ringan, tapi siap sup, lauk gepuk, panaskan lauk-lauk lain."Aku ke dia yang tak faham adab? Dia langsung tak rasa nak pergi makan di pantri. Dah la meja kami tak tersorok," kongsinya.Di ruangan komen, netizen memberi nasihat kepada wanita berbadan dua agar menjaga adab walaupun mereka dibenarkan untuk tidak berpuasa.Wanita mengadu tentang rakan sekerjanya yang tidak berpuasa kerana sedang hamil.Dia kurang senang kerana rakan sekerjanya itu makan secara terbuka di meja kerja.Pengadu berkata wanita itu sepatutnya makan secara tersorok bagi menghormati bulan Ramadan.Ramai pelayar Thread kongsi pendapat masing-masing mengenai perkongsian kisah itu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kawan awak tu kurang arif tentang adab orang Islam yang tak boleh berpuasa."Sepatutnya makan tu sorok-sorok sikit. Perlu jaga adab dan hormat bulan Ramadan," tulis netizen.Namun, ada juga segelintir individu yang menegur pemilik hantaran itu kerana tidak berani untuk menegur rakan sekerjanya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita malu nak kongsi berita hamil... Anggap ada individu akan fikir ‘jauh’, berimaginasi aksi ‘bersama’ suamiARTIKEL BERKAITAN: “Aku lelaki, ada nafsu!” - Pemuda terlanjur dengan kakak ipar sampai mengandung, menyesal tak terdaya tolak godaan"Zaman sekarang, orang lagi suka mengadu dekat Thread. Padahal boleh je tegur depan-depan."Awak terliur ke? Kalau terganggu, maklumkan pada dia. Kalau tak terliur, awak berlapang dada je la," tulis netizen lagi.Peringatan Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, wanita hamil serta ibu yang menyusukan anak diberikan keringanan untuk berbuka atau tidak berpuasa. Hukum bagi seseorang yang ada keuzuran untuk tidak berpuasa makan di siang hari bulan Ramadan adalah harus.Namun, adalah lebih afdal ianya dilakukan di tempat sunyi daripada penglihatan orang ramai bagi menjaga dan memelihara diri daripada fitnah serta menyelamatkan orang ramai dari sangkaan buruk.