suria
mStar - Urban.Versatil

Pemuda sedih isu jaga ikhtilat dipandang remeh... Ibu izin adik perempuan bawa kawan pulang sepanjang cuti semester

Umat Islam diwajibkan menjaga ikhtilat bagi mengelakkan timbulnya fitnah. -Gambar hiasan AI

IKHTILAT sering dianggap isu kecil oleh sesetengah pihak, namun bagi individu yang menjaga batas pergaulan, ia bukan perkara remeh.

Menerusi satu perkongsian di laman Threads, seorang pemuda meluahkan rasa kurang selesa apabila adik perempuannya membawa pulang rakan ke rumah keluarga mereka sepanjang cuti semester.

"Adik aku cuti semester sampai raya, bawa kawan balik sekali dekat rumah kami. Sampai raya baru ayah kawan dia ambil," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Punoh salah pilih saing!” - Ramai ‘seram’ baca perbualan dua remaja perempuan, tak malu bincang aktiviti seks bebas

ARTIKEL BERKAITAN: Seperti ‘hampas kelapa’, wanita ini dibuang kekasih lepas ditangkap khalwat! Dituduh perosak akhlak lelaki alim belajar agama

Menurutnya, situasi tersebut menjadi lebih tidak selesa apabila ibu mereka tiada di rumah kerana berangkat menunaikan umrah di Makkah.

"Sudahlah mak aku pergi umrah. Tak boleh buat apa sebab mak aku pun kata biarkan saja

"Segan, tak selesa semua ada nak duduk rumah sendiri. Tak tahu apa yang adik aku, kawan dia dan parents kawan dia fikir," luahnya.

Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk beralah dengan pulang ke kampung bersempena cuti pertengahan semester, bagi mengelakkan timbulnya rasa tidak enak atau sebarang salah faham.

Lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu sentiasa menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan AI

"Memang tak la aku nak duduk serumah walaupun bukan berdua. Malas aku nak fikir. Tapi macam apa je... orang lain pula selesa," kongsinya.

Tambahnya, isu tersebut bukan sekadar soal keselesaan peribadi, sebaliknya melibatkan penjagaan batas pergaulan atau ikhtilat antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

"Semua ni pasal ikhtilat yang perlu dijaga. Sekalipun mak ada di rumah, masih tak manis," akhirinya.

  • Seorang pemuda kurang selesa apabila adik perempuannya membawa pulang rakan ke rumah sepanjang cuti semester.

  • Situasi lebih janggal apabila ibu mereka tiada kerana menunaikan umrah di Makkah.

  • Walaupun ibunya mengizinkan, dia tetap berasa segan dan tidak selesa untuk tinggal serumah.

  • Pemuda itu memilih pulang ke kampung bagi mengelakkan salah faham serta menjaga batas ikhtilat.

  • Ada warga maya menyokong tindakannya dan ada juga mencadangkan agar perkara itu dibincangkan secara baik.

Di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Ada yang menyatakan sokongan terhadap pendiriannya, menyifatkan tindakan mengundurkan diri sebagai langkah matang bagi mengelakkan fitnah serta menjaga batas pergaulan.

Namun tidak kurang juga yang berpendapat situasi itu boleh ditangani dengan perbincangan terbuka bersama ahli keluarga.

Artikel Lain